Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 23, 2008

umno sudah tua

salam,
berikut laporan di utusan malaysia

Beri peluang pemimpin muda pulih UMNO



"Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi 'penyakit tua', 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua."

"Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru," katanya.

laporan lanjut disini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


p/s
umno sudah tua. bagi saya sudah uzur. sememangnya satu kenyataan yang memedihkan telinga. namun kita terpaksa menerima. ketika mesyuarat perwakilan bhgn tahun 2006 di shang ri la putrajaya, saya menyampaikan ucapan penangguhan "umno jangan jadi dinosaur". keadaan ketika itu amat baik. umno baru sahaja menang dengan bergaya "landslide". namun kita semua telah terlepas pandang dengan peringatan yang telah diberi. dan hari ini kita semua harus mengakui keadaan umno yang amat dhaif pada ketika ini.

mengikut sejarahnya, dinosaur tidak dapat bertahan kerana gagal menerima perubahan dan persekitaran, serta gagal meng-adaptasikan perubahan tersebut. haiwan ini leka dengan dunianya sendiri, hinggalah satu hari mereka tidak ada tempat lagi di dunia ini. saya tidak pasti samada ada post-mortem dibuat di peringkat bhgn khususnya parlimen putrajaya. kenapa saluran 5 dan 6 majoritinya tidak mengundi kepada calon kerajaan?

rakan-rakan seangkatan dan sebaya saya (yang berada di luar umno) mengatakan umno sudah tidak relevan. umno hanya sibuk dengan masalahnya sendiri. tidak prihatin. pemimpin umno bongkak, angkuh, sombong dan macam-macam lagi. dan kita hanya berdiam diri tanpa membuat sebarang tindakan. bahkan kita jadi marah apabila golongan ini memberikan sokongan mereka kepada pembangkang. kita mungkin lupa, pihak pembangkang sudah lama memenangi hati golongan muda ini.

seterusnya kita kecilkan skop kepada umno putrajaya. peluang harus diberikan kepada golongan muda untuk menerajui bhgn putrajaya. selagi bhgn masih "sceptical" dengan segala perubahan, selagi itu agak sukar untuk golongan muda memberikan pandangan dan pendapat mereka. golongan ini harus diberi peluang.

selepas mesyuarat perwakilan pemuda sabtu lalu, saya lihat ada kesungguhan di peringkat pemuda untuk duduk berbincang, walaupun hanya di nazmaju sahaja. harapan saya keputusan kedai kopi ini dapat diperjelaskan dan dizahirkan untuk pemilihan akan datang...

wallahu'alam

7 comments:

Anonymous said...

Dr Mahathir sokong Datuk untuk Shah Rukh Khan
Oct 23, 08 6:29pm
Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya.

Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.

shahrukh khanMenurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai.

"Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.

"Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.

"Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.

"Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia," kata Dr Mahathir di blognya hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu.

"Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka."

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata "saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan."

Anonymous said...

Hindraf terus buat hal

Hindu Rights Action Force (Hindraf) terus engkar dengan keputusan kerajaan mewartakannya sebagai pertubuhan haram bila ia mengadakan satu lagi himpunan haram di depan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya petang Khamis.

Mereka cuba menyerahkan memorandum kepada pejabat Perdana Menteri bertujuan mendesak agar lima anggota Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dibebaskan sebelum perayaan Deepavali Isnin depan.

Kumpulan itu turut menggunakan seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun untuk membawa poster bagi memperjuangkan agenda mereka.

Polis telah menahan 11 penyokong Hindraf semasa perhimpunan yang diadakan sekitar jam 3.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman mengesahkan penahanan kumpulan 11 orang itu di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) dan mereka disiasat kerana mengadakan perhimpunan haram.

"Kesemua mereka sedang disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya dan akan dibebaskan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi.

Beliau menafikan laporan laman Malaysiakini.com yang mendakwa kanak-kanak tersebut turut ditahan polis dan berkata kanak-kanak itu tidak ditahan.

Rabu para penyokong Hindraf mengadakan perhimpunan di bangunan Parlimen untuk mendesak kerajaan kembalikan pasport antarabangsa pemimpinnya, P. Waytha Moorthy.- 23/10/2008

Anonymous said...

Kalau orang Cina ada Dong Jiao Zong, Hindraf untuk orang India… kini PERKASA untuk Melayu





Sebelum ada pihak memperleceh usahanya, Datuk Ibrahim Ali awal-awal lagi beri kata dua mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang baru ditubuhkan serta diketuai beliau.

Katanya, PERKASA yang akan memperjuangan hak orang Melayu dan pribumi negara ini bukan retorik politik dan beliau bersedia dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya pertubuhan itu dilihat boleh mencetuskan kebimbangan kaum lain.

“Sudah ada banyak dan macam-macam NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Melayu…tetapi ini (PERKASA) bukan retorik politik dan saya sudah sedia kena ISA,” kata Ahli Parlimen bebas Pasir Mas itu.

Bercakap kepada media selepas pelancaran laman web PERKASA oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu Kuala Lumpur, Selasa, Ibrahim macam tidak hairan lagi soal ISA jika kewujudan pertubuhan itu dilihat seperti mahu mengekang kegiatan Hindraf.



“Saya dah dua kali kena ISA. Kena lagi dapat Phd lah,” katanya.

Menurut Ibrahim, PERKASA akan menjadi payung kepada pelbagai NGO Melayu bagi memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu dan pribumi di negara ini termasuk kaum di Sabah dan Sarawak.

Sebab lain ujudnya pertubuhan itu katanya kerana ada pertubuhan Dong Jiao Zong dalam masyarakat Cina manakala Hindraf dalam India dan kini PERKASA untuk Melayu.

“Apa salahnya,” tanya beliau.

Katanya, PERKASA bukan hendak bersaing dengan kaum-kaum lain tetapi bertujuan mempertahan apa yang ada dalam Perlembangaan terutama Fasal 15.2 dan 15,3.

Menurut beliau, pertubuhan itu terbuka kepada semua orang Melayu dan pribumi berusia 18 tahun ke atas serta melampaui idealogi.

“Kalau kita gerak bawah parti susah. Biarlah dengan NGO. UMNO, PAS dan saya (Bebas) boleh sama-sama berjuang untuk kepentingan Melayu. Masa pilihan raya, tak apalah kita berlawan tapi demi Melayu, kita mesti bersatu,” katanya.



PERKASA katanya, akan memperkasakan Islam, Melayu, Raja-Raja, hak istimewa orang Melayu dan perpaduan kaum.

Tagline pertubuhan itu antaranya adalah ‘perpaduan pribumi tunggak perpaduan negara’.

“Kita juga akan bergerak dengan berhemah, bijaksana dan berdisplin,” tegasnya.

PERKASA kini sudah mempunyai lebih 2,000 ahli termasuk golongan profesional, pertubuhan silat dan angkanya dijangka bertambah dengan pelancaran laman webnya yang boleh dilayari melalui http://pribumiperkasa.org.

Pada sidang media itu Ibrahim menolak cakap-cakap bahawa PERKASA diasaskan oleh pemimpin yang kecewa dan gagal dalam perjuangan politik.

Malah timbalan beliau, Datuk Fuad Hassan yang hadir sama mencelah, beliau tidak gagal dalam politik malah terpilih dalam mesyuarat pewakilan UMNO Bahagian Gombak baru-baru ini.



Menurut Ibrahim, pertubuhan itu sedang menunggu perkenan Yang diPertua Agung untuk menghadap bagi menyembah watikah taat setia menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-Raja Melayu pada 16 Otober lalu.

Pelancaran rasmi PESAKA dijangka dibuat tidak lama lagi dan antara aktivitinya kelak menganjurkan seminar, bengkel sarta forum berkaitan kepentingan orang Melayu.

Lebih menarik, pejuang Melayu, Tun Ibrahim, 86, ketika melancarkan laman web itu berpesan ‘ Bersatulah Melayu’. Dan pekikan Hidup Melayu menghangatkan majlis dihadiri lebih 200 tetamu termasuk pemimpin NGO serta ahli parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz dan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn.- 21/10/2008

Anonymous said...

Salah satu penyakit tua adalah NYANYUK, Penyakit ini dikaitkan dengan sifat LUPA. Kadang-kadang hingga nama anak-anak pun dia tak ingat. Dah makan atau belum juga dah tak ingat.

Penyakit inilah yang dihadapi oleh pemimpin=pemimpin UMNO hari ini. Meraka sudah lupa perjuangan untuk bangsa, mereka lupa sejarah, yang menghairankan kebanyakan pemimpin atasan sekarang adalah mereka yang dilahirkan sebelum merdeka. Apa akan jadi kepada UMNO jika generasi pasca merdeka mengambil alih kepimpinan.

Dalam musim pemilihan mereka lupa Perlembagaan, mereka lupa peraturan, mereka lupa tataetika. Semua ini menyebabakan ahli semakin mual dengan pemimpin. SAYONARA UMNO jika keadaan ini tidak dibetuklan dengan segera.

Anonymous said...

NAK TAKUT APA???.... Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya Mohd Hishamuddin Yahaya (Yob) mahu debat antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO dibuat secara terbuka.Katanya ini zaman siber apa perlu tutup-tutup.Lagipun katanya kewibawaan pimpinan UMNO melibatkan seluruh rakyat Malaysia bukan saja ahli UMNO."Di Amerika setiap kali pemilihan Presiden diadakan debat secara terbuka dan live...semua orang boleh tengok dan menilai sendiri...apa yang perlu kita takut",tegasnya.- 26/10/2008

Anonymous said...

Bantah Low: Fikiran Melayu 'di takuk lama,' kata DAP
Abdul Rahim Sabri | Oct 29, 08 1:51pm
kemaskini 9:24pm Cara penolakan Low Siew Moi sebagai pemimpin sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan pemikiran orang Melayu masih di takuk lama walaupun negara sudah maju dalam pembangunan, kata seorang pemimpin DAP.

"Bangsa kita masih terikat dengan cara berfikir dan bertindak gaya lama yang sudah tidak ada tempat dalam sebuah masyarakat moden yang demokratik," kata naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini.

Low yang dilantik memangku pengurus besar perbadanan itu mulai kelmarin mendapat bantahan pemimpin-pemimpin Melayu, termasuk Persatuan Pegawai Kanan PKNS dan exco PAS dalam kerajaan Selangor yang mahu seorang pegawai tinggi Melayu menggantikan Datuk Harun Salim yang bersara akhir bulan ini.

Tunku Abdul Aziz menambah, bantahan terhadap latar belakang kaum pegawai kanan wanita keturunan Cina itu, atau mungkin jantinanya, menunjukkan wujudnya budaya yang tidak mengutamakan merit, sebaliknya mengharapkan faktor-faktor kurang relevan.

low siew moi and pkns selangor"Pelantikan disandarkan pada pertimbangan yang kurang relevan kaum dan agama," kata Tunku Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa pelantikan pemimpin agensi kerajaan itu menjadi hak mutlak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan berharap keputusan itu dihormati.

Mengulas bantahan pihak-pihak itu, Abdul Khalid hari ini dilaporkan berkata beliau "tidak faham" perasaan tidak berpuas hati pihak-pihak itu tetapi mereka sendiri tidak risau apabila PKNS didakwa kehilangan berbilion-bilion ringgit.

Beliau juga berkata Low, yang berkhidmat 35 tahun dengan perbadanan ekonomi itu, bersedia membantu mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan itu.

Low bersara tahun ini tetapi disambung perkhidmatannya selama setahun lagi sementara menunggu calon sesuai pengurus besar PKNS.

Sementara itu, exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok berkata Low seorang arif tentang organisasi tersebut dan sentiasa bertindak bagi kepentingan PKNS, termasuk sewaktu berurusan dengan pelabur.

"Beliau umpama 'kamus bergerak', bukan pada saya sahaja, tetapi pada kepada kakitangan kerajaan negeri.

"Beliau berpengalaman selok-belok dalam dunia pelaburan bahkan mengenali ramai pelabur dan pemaju di negeri ini dan beliau juga mempunyai latar belakang dalam pelbagai isu," kata Teresa di blognya semalam.

Beliau turut menyindir bantahan terhadap pelantikan itu kerana Low bukan seorang pegawai kanan Melayu, “maka tidak boleh menjadi 'imam' kepada semua kakitangan”.

Manakala ketua Wanita MCA Chew Mei Fun pula menggesa Abdul Khalid bertegas dengan pendiriannya melantik Low dan tidak tunduk pada desakan, khususnya rakan kongsi pentadbirannya PAS.

Exco kerajaan negeri Datuk Dr Hasan Mohamad Ali semalam mengadakan pertemuan dengan Abdul Khalid bagi membincangkan isu tersebut.

Dr Hasan selepas itu dipetik sebagai berkata, menteri besar bersedia memendekkan tempoh Low jika PAS mendapatkan calon penggantinya yang berkaliber dan berpengalaman.

Beliau, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, akan bermesyuarat bagi memilih calon yang sesuai untuk diketengahkan bagi mengisi jawatan itu.

Chew juga membidas Dr Hasan dan bekas menteri besar Datuk Seri Mohamad Khir Toyo yang membantah pelantikan Low kerana pegawai itu seorang wanita dan bukan Melayu.

Ketua Wanita itu menambah, dalam zaman globalisasi sekarang bukan masanya untuk melantik seseorang pentadbir atasan berasaskan warna kulit atau jantina.

"Walaupun saya berbeza ideologi dengan Tan Sri Khalid, saya bagaimanapun percaya pada amanah dan keyakinan menteri besar Selangor terhadap keupayaan wanita memimpin PKNS," katanya.

Anonymous said...

Di Pulau Pinang umpamanya, timbul cerita mengenai langkah kerajaan negeri itu di bawah pimpinan DAP yang mahu mendaulatkan bahasa Cina dan Tamil dengan memasang papan-papan tanda nama berbahasa demikian di negeri itu.


Walaupun status Bahasa Melayu telah dijamin dalam Perlembagaan persekutuan sebagai bahasa rasmi negara, namun usaha-usaha menaiktaraf bahasa Cina dan Tamil oleh pihak-pihak pembangkang nampaknya tidak pernah sepi.


MCA, rakan karib sejak daripada era Parti Perikatan lagi, dengan beraninya membangkitkan beberapa perkara mengenai kontrak sosial -persetujuan dan persefahaman yang dibentuk sebelum terbentuknya kerajaan merdeka di negara ini.


Parti itu baru-baru ini mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional diwujudkan dan selepas diwujudkan tentulah kerusi itu diserahkan kepadanya. Di Sabah pula, kata parti itu, jawatan Timbalan Ketua Menteri, sewajarnya diberikan kepada MCA untuk mewakili orang Cina dalam pakatan kerajaan negeri itu.


Ia juga membingkaskan orang Melayu dengan meminta kerajaan memansuhkan penyertaan atau ekuiti 30% bumiputera dalam syarikat-syarikat awam.


Alasan yang diberikan oleh Naib Presidennya yang baru, Datuk Liow Tiong Lai untuk memansuhkan penyertaan wajib itu ialah daya saing adalah elemen terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Ini tentunya membawa maksud bahawa penyertaan 30% itu adalah leceh dan menjejaskan prestasi syarikat.


Ia juga membawa makna bahawa penyertaan wajib bumiputera adalah ibarat menggendung beban yang terlalu berat - jauh sekali bagaikan aset yang berharga!


Di Selangor pula, kerajaan negeri itu pernah memberi lebih keutamaan kepada penternakan babi daripada mempertingkat usaha untuk menyatupadukan rakyatnya yang berbilang kaum serta pembangunan lain yang sehingga kini masih belum kelihatan apa-apa.


Di negeri itu juga kecoh mengenai laungan azan pada waktu subuh sehingga menjadi isu nasional.


Terbaru, Menteri Besarnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan seorang bukan Melayu sebagai ketua pegawai ekskutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - sebuah perbadanan yang diwujudkan untuk mengimbangi penyertaan orang Melayu dalam pelbagai sektor melalui pemilikan rumah dan premis-premis perniagaan mampu milik.


Langkah itu sekali lagi membangkitkan perasaan kurang senang - bukan sahaja di kalangan oran Melayu, tetapi di kalangan kakitangan dan pegawai PKNS sendiri. Alasan Khalid untuk meletakkan pilihannya itu ialah kononnya pegawai itu berpengalaman luas dan sudah berkhidmat selama 35 tahun.


"Kita mesti memandang berat, marah tukar orang tapi tak marah hilang berbillion ringgit,'' begitu kata Khalid tatkala mempertahankan calonnya itu.


Alasannya itu agak pelik kerana calon berkenaan adalah orang yng bertanggungjawab sepenuhnya mengenai akaun atau kewangan PKNS dan jikalah PKNS kehilangan berbilion ringgit, orang itulah yang lebih mengetahuinya daripada orang lain.


Daripada gambaran dan senario yang dipaparkan di atas, serta beberapa perkembangan lain termasuk tindak-tanduk HINDRAF yang telah diharamkan, semuanya berlaku ketika orang Melayu sedang bergelumang dengan kemelut krisis kepimpinan.


Tatkala Agendadaily bersedia menjadi penganjur debat di antara tokoh-tokoh muda yang mahu merebut jawatan ketua pergerakan parti, bekas Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai sudah melangkah setapak ke depan dengan mencabar para pemimpin Melayu dengan saranan agar pemilikan 30% bumiputera dihapuskan.


Tanpa ada penganjur, Menteri Kesihatan itu dengan tegas dan tenang membuat gesaan tersebut tatkala tokoh-tokoh UMNO masih bergelut untuk mendapatkan pencalonan bagi jawatan-jaawatan yang ditandingi.


Ibarat sedang mencari kayu untuk dibuat tiang, MCA sudah mahu meruntuhkan dinding rumah yang dilihatnya sudah usang.


Siapakah yang akan berdebat secara terbuka dengan Naib Presiden MCA yang muda ini?

Seperti yang dilaporkan oleh Agendadaily dan Agendadnews, para pemimpin UMNO ada yang tidak setuju untuk berdebat kerana khuatir hal-ehwal dalaman parti akan menjadi bahan serangan parti lawan kelak.


Namun, ada juga yang mahu debat diteruskan dengan alasan, jika hal-ehwal dalam rumahpun tidak berani berdebat, bagaimanakah untuk menghadapi cabaran di luar parti kelak?


Gerakan, MIC dan Parti Progresif Rakyat (PPP) walaupun tidak menunjukkan tuntutan yang menggelorakan, tetapi tindak-tanduknya agak membimbangkan dan mengelirukan.


Demikianlah halnya dengan UMNO tulang belakang utama kerajaan dulu dan kini yang sentiasa cuba digugat kerana parti itu sendiri tidak sekukuh dahulu lagi. Orang Melayu yang dahulunya dianggap pejuang parti, kini menjadi perosak dan sanggup bersekongkol dengan musuh dan penentang perjuangan demikan agama, bangsa dan negara.

Persoalan inilah yang kita paparkan di sini. Semoga UMNO tidak terus dicuit, dicubit hatta ditikam!

Semoga pemimpin tidak mengutamakan sangat jawatan, tetapi perjuangan kerana dalam peperangan, seorang jeneral lebih banyak memberi arahan sedangkan yang benar-benar bertempur adalah hubalang biasa.- 30/10/2008