Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, November 7, 2008

good luck!

salam

hanya tinggal 2 malam sahaja lagi. petang tadi telah berlansung mesy bhgn. mungkin yang terakhir bagi penggal 2004-2008. khabarnya malam ini ada jamuan makan malam di PICC pada malam ini untuk meraikan semua perwakilan.

kepada rakan-rakan yang bertanding untuk ajk bhgn, saya ucapkan selamat berjaya. ingatlah semua itu hanyalah amanah semata-mata yang perlu ditunaikan haknya.

setelah tidak berada di dalam jawatankuasa bhgn, senarai perwakilan yang saya terima agak lewat. namun begitu sebagai panduan kepada rakan-rakan yang bertanding, saya cuba membuat sedikit analisa ini.

jumlah perwakilan pada mesy kali ini ialah 124 orang. perwakilan pada sidang mesyuarat kali ini bercampur-campur. secara kasarnya boleh dikatakan di dominasi oleh ajk bhgn iaitu 28.22% diikuti oleh pergerakan pemuda 26.61% daripada jumlah keseluruhan perwakilan. seterusnya ahli biasa sebanyak 20.96%, wanita 14.51% dan akhir sekali puteri 9.67%.

satu statistik yang amat menarik dengan satu corak kehadiran perwakilan pemuda yang bertambah. benarlah kata saudara tom. pemuda akan cuba membuat perubahan dan menghantar mesej pada kali ini. dan saya percaya pergerakan ini akan berjaya menghantar wakil mereka di dalam ajk bhgn.

manakala calon-calon yang bertanding untuk ajk bhgn, hampir keseluruhan ketua caw menawarkan diri pada kali ini. yang menarik kehadiran 8 orang calon daripada pemuda dan 3 orang daripada wanita.

saya percaya calon-calon bukan ketua caw sudah memulakan kempen mereka. hinggakan ada seorang calon wanita telah berjumpa saya dan meminta satu undi daripada saya dan perwakilan saya. kalau semua calon-calon ini bergerak dengan sistematik dan menggunakan kelebihan perwakilan daripada sayap masing-masing, tidak mustahil akan ada perubahan dari segi kabinet ajk bhgn pada kali ini. dan mungkin juga satu amaran kepada calon-calon ketua caw. yang pasti jawatan KC itu belum tentu menjamin tempat mereka di bhgn.

saya mengambil contoh calon pemuda. jika semua perwakilan pemuda G10 dan daripada caw memberikan undi kepada mereka, senang-senang sahaja sudah mendapat 33 undi. dan khabarnya sudah ada "bargain" dengan G10 puteri. sedikit tambahan menjadi 43 undi. sedikit usaha daripada calon tersebut, dan mungkin kredibiliti calon itu sendiri, saya yakin calon pemuda akan ramai mendapat tempat di bhgn.

seperkara lagi, perwakilan kali ini jauh bezanya dengan tahunn 2004. seorang rakan pemuda yang saya temui semalam memberitahu, hampir semua perwakilan akan memberi undi kepada calon-calon yang boleh "buat kerja". sepanjang tempoh 4 tahun dan dua kali pilihanraya, semua latarbelakang calon-calon yang bertanding tersebut sudah berada di dalam poket mereka. "chai" mungkin tidak banyak dapat membantu.

katanya lagi, salah satu sebab mesy perwakilan pemuda tempoh hari menjadi lewat, adalah kerana semasa proses pemilihan ajk pemuda, hampir kesemua perwakilan pemuda mengambil sedikit masa untuk menulis kertas undi. maknanya perwakilan pada kali ini sudah boleh menilai calon-calon yang telah menawarkan diri mereka. bagi saya ini satu perkembangan yang sihat kepada umno putrajaya.

harapan saya kepada semua perwakilan, tidak salah untuk berfikir sejenak. kerana undi tuan/puan pada hari ahad ini akan menentukan nasib umno putrajaya untuk 3 atau 4 tahun akan datang....

wallahu'alam

6 comments:

Anonymous said...

Jumaat November 7, 2008
Umno Bahagian Tanah Merah buat laporan polis terhadap Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan, membuat satu laporan polis di sini hari ini terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Bahagian itu Amran Abdul Rahman di Balai Polis Sentul di sini tengah hari tadi.

Amran berkata laporan itu dibuat kerana Tengku Adnan didakwa menyalahgunakan kuasanya berhubung satu arahan bertulis kepada Badan Perhubungan Umno Kelantan berkaitan mesyuarat cawangan.

Anonymous said...

கோலாலம்பூர் செசன்ஸ் நீதிமன்றம் அன்வாருக்குச் சாதகமாக முடிவு செய்தது. அவர்மீதான குதப்புணர்ச்சி வழக்கு அதே நீதிமன்றத்தில்தான் நடைபெறும் என அது தீர்ப்பளித்துள்ளது.

இத்தீர்ப்பை வழங்கிய எஸ்.எம்.கோமதி சுப்பையா, வழக்கை உயர்நீதிமன்றத்துக்கு மாற்றும் சட்டத்துறைத் தலைவர் (ஏஜி) அப்துல் கனி பட்டேல் கையொப்பமிட்ட பத்திரம் செல்லாது என்று குறிப்பிட்டார்.
இம்முடிவு அன்வார் மீதான குதப்புணர்ச்சி வழக்கு விசாரணைக்கு வழியைத் திறந்து விட்டுள்ளது.

அன்வார் மீதான வழக்கு அடுத்த வெள்ளிக்கிழமை விசாரணைக்கு வருகிறது.

அவர் குற்றவாளி என்று தீர்ப்பானால் 20 ஆண்டுகள் சிறைத்தண்டனை அவருக்குக் காத்திருக்கிறது. இப்போது அன்வார் ரிம 20,000 பிணையில் உள்ளார்.

ஏஜியின் பங்கு சர்ச்சைக்குள்ளானது

வழக்கை உயர்நீதிமன்றத்துக்கு மாற்றுவது மீதான விசாரணையில், வழக்கை மாற்றிவிடும் பத்திரத்தில் சட்டத்துறைத் தலைவர் (ஏஜி) அப்துல் கனி பட்டேல் கையொப்பமிட்டிருப்பதற்கு அன்வார் ஆட்சேபம் தெரிவித்தார்.

பத்தாண்டுகளுக்குமுன் அன்வார் சம்பந்தப்பட்ட வழக்கில் சாட்சியங்களை மாற்றினார் என்று குற்றம் சாட்டப்பட்டிருப்பதால் ஏஜி இந்த வழக்கில் தலையிட்டிருக்கக்கூடாது என்பது அன்வார் தரப்பின் வாதமாக இருந்தது.

இந்த வழக்கில் அப்துல் கனி சம்பந்தப்பட மாட்டார் என்று பிரதமர் அப்துல்லா அகமட் படாவி உத்தரவாதம் தெரிவித்திருந்ததையும் எதிர்த்தரப்பு எடுத்துக்காட்டியிருந்தது.

Anonymous said...

Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin
Muda Mohd Noor | Nov 7, 08 12:36pm
Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

kamal amir"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut.

"Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti.

"Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada akan membawa isu sogokan seperti dakwaannya kepada lembaga itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.

Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.

"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.

"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.

Anonymous said...

hei hasnul hadi apa yang kau merepek ni setan.....dulu kau maki hamun bahagian, ketua pemuda lah....sebab kau sokong fairuz sekarang ni kau dah berubah.....tak ku sangka bukan sahaja gigi berlapis malah lidah bercabang......

Anonymous said...

dia tu bukan sahaja lidah bercabang tapi hidup 2 alam lo sama macam anwar ibrahim kalau korang nak tahu dia ni boleh buat apa saja untuk naik. kalau kena minum air kaki zaki pun dia minum. entah apa lah yang zaki dah janji kat dia ni. kau jangan lah harap kami pemuda nak bagi undi kat kau...kami pemuda ni pun macam kau jugak lidah bercabang dan beranting. zaki dah janji kat shokri nak bagi GM kau tu mimpi jelah.

Anonymous said...

SDR HASNOL....APA DEPA DOK MENGHINA YOU, POLITIK APA NIE ?? TEROK LAH..