Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, November 4, 2013

Salam Muharram 1435H



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Alloh Tuhan Seluruh Alam.


Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya semua.


Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.

Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. 

Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. 

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.Segala puji bagi Alloh Tuhan Seluruh Alam 

Amin yaa rabbal ‘alamin

Friday, November 1, 2013

FORUM BAJET 2014



As salam, saya menerima posting di dalam salah satu "whats up" yang saya dijemput bersama-sama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Putrajaya. Saya copy n paste terus mesej tersebut untuk kita fikirkan bersama. 


[DAPATAN RINGKAS FORUM BAJET 2014 UNIVERSITI MALAYA]

Panelis :

Tan Sri Datuk Dr Kamal Salih (bekas MP Wangsa Maju 1995, PHD Penn Uni)

Prof Dr Rajah Rasiah (Faculty Dean, PHD Cambridge Uni)

Dr. Nungsari Ahmad (Khazanah, PHD Penn Uni)

Dr. Dzulkifli Ahmad (Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, PHD Imperial College)

10 DAPATAN MENARIK :
*Segala statistik diambil terus daripada dapatan forum, tidak melalui pemeriksaan semula kepada data asal/rasmi. Kebanyakan mungkin hanyalah anggaran kasar semata-mata. 

1. Bajet 2014 merupakan bajet yang ada pro dan kontra. Yang paling jelas bajet ini tidak dapat menyembunyikan lagi beban hutang negara yang begitu membimbangkan di mana hutang negara sudah menghampiri siling 55% daripada GDP (KDNK). Jumlah KDNK negara kita menghampiri RM 1 trillion. 

Kalau dicampur dengan hutang isi rumah yang berjumlah 86% daripada GDP, maka negara berhutang sudah melebihi kadar 120% daripada GDP. Bermaksud, negara mempunyai beban hutang melebihi daripada RM 1 trillion jika dicampur kedua peratusan itu. 

Dalam erti kata lain, seorang rakyat menanggung hampir RM 60 ribu beban hutang. Tambah membimbangkan, kadar pendapatan tidak begitu meningkat dan rakyat tidak begitu merasakannya kerana selama ini ia ditampung oleh subsidi yang tinggi. 

2. Bajet kali ini dikhabarkan dirangka dalam menuju ke arah bajet berimbang menjelang 2020. Ini boleh dicapai andai kata isu yang paling fundamental yakni komitmen kerajaan sendiri dalam menutup secara serius ruang-ruang ketirisan dilaksanakan dengan bersungguh. 

Dasar jimat-cermat Amerika Syarikat misalnya dalam menampung ruang-ruang ketirisan telah berjaya mengatasi hutang negara mereka sebanyak 20% dengan kadar penjimatan. Pakatan Rakyat menjangkakan andai kata kerajaan BN serius dalam hal penjimatan dan sesifar mungkin ketirisan, kita mampu mencapai peratusan 24% dalam membiayai hutang negara hanya melalui usaha penjimatan. 

3. Kadar produktiviti negara berada di tahap yang rendah. 

Dari satu segi, saiz kakitangan kerajaan juga amat besar merangkumi 1.4 juta pekerja berbanding sekitar 1 juta pekerja pada tahun 2009. Ini menambahkan beban operasi dalam sektor kerajaan. Maka, adalah amat mustahak produktiviti dalam kalangan kakitangan kerajaan diperkasakan. 

Tambah memilukan, nilai keuntungan yang diperoleh dalam sesuatu ekonomi di Malaysia hanya dimiliki oleh para pekerja sekitar 28% di mana baki 72% dimiliki oleh para kapitalis. Berbeza dengan negara-negara maju di mana para pekerja memiliki peratusan keuntungan sekitar 50-54% daripada sesebuah perolehan ekonomi. 

Ini menunjukkan agihan ekonomi dalam kalangan kapitalis-pekerja masih di tahap tidak seimbang dan terzahir dalam Gini Coefficient negara yang tidak begitu banyak perubahan.

4. Kita juga tidak memasukkan "contingency liability" misalnya projek mega seperti MRT ke dalam bajet sedangkan kos operasi sudah mula berlangsung walaupun projek itu belum lengkap. 

Secara dasar, dicadangkan agar kerajaan menggunakan kaedah akrual dalam dasar perakaunan negara bagi mengelakkan tuntutan bajet tambahan yang saban dibentangkan ke Parlimen tahun sejak 2009 berlaku. 

Ini juga antara komitmen yang kerajaan BN wajib komited. Hentikan tuntutan bajet tambahan yang berjumlah sekitar 20 billion setiap tahun yang seakan sudah menjadi tradisi kebelakangan tahun ini. Paling menyedihkan, apabila yang diusulkan itu ialah wang yang sudah dibelanjakan! Amalan ini harus diberhentikan andai kerajaan BN benar-benar serius untuk mencapai target bajet berimbang menjelang tahun 2020.



5. Kesemua panelis pada dasarnya bersetuju dengan GST yang ternyata lebih baik sistemnya berbanding SST dari sudut kutipan, agihan dan sebagainya (broaden the tax base). 

Namun, yang menjadi titik pertikaian ialah cara bagaimana GST itu dilaksanakan. 

Misalnya, dengan keadaan pendapatan rakyat tidak meningkat dan tiada komitmen yang jelas dari kerajaan untuk mengatasi ketirisan, kita bimbang sistem cukai terbaik sekali pun diguna pakai tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara. 

Diskusi peribadi selepas forum bersama Dr Dzul misalnya mendedahkan Pakatan Rakyat tidak menentang GST bukan kerana roh sistem GST tetapi kerana kadar GST 6% pada awal-awal lagi ternyata amat menekan rakyat. Singapura misalnya mengenakan GST pada takat 3% selama hampir sedekad sebelum menaikkan kadar GST berkenaan. Ini juga praktis di negara-negara lain. 

6. Malaysia juga menghadapi masalah tekanan gaji (wage depression). Ini terhasil dengan kebanjiran pekerja asing berkemahiran rendah. Ini mengakibatkan kurangnya insentif kepada industri untuk menaikkan gaji. Ini kemudiannya mengakibatkan kenaikan gaji di Malaysia berada di tahap yang minimum. 

Di samping itu, kebanjiran pekerja asing berkemahiran rendah tidak membantu pemindahan teknologi dan kepakaran sebagaimana yang diharapkan. Selagi Malaysia masih tersekat sebagai pemain industri tambah nilai (value-added industry) semata-mata, selagi itu Malaysia akan berada di takuk yang sama pada hari ini.

Malaysia memerlukan janaan ekonomi pulangan terus secara lebih serius (increasing return economy).

7. Pada sekitar 70-an, KDNK Korea hanyalah suku daripada Malaysia. Pada hari ini, KDNK Korea bernilai empat kali ganda daripada Malaysia. Bagaimana ini boleh terjadi? 

Antaranya ialah fokus kedua-dua kerajaan ini berbeza. 

Korea menumpukan kepada kualiti pertumbuhan ekonomi berbanding Malaysia yang memfokuskan kepada kadar pertumbuhan ekonomi yang hanyalah merupakan praktis perakaunan semata-mata yakni tidak menunjukkan perbezaan ekonomi sebenar dan ekonomi potensi yang nyata. 

Generasi anak muda wajar sedar hal ini. Fokuskan kepada kualiti pertumbuhan negara bukan kadar pertumbuhan yang hanya sekadar permainan silap mata semata-mata. 

8. Praktis kewangan negara amat pelik. 

Antaranya bagaimana seorang Perdana Menteri dalam masa yang sama boleh menjadi Menteri Kewangan. Dalam mana-mana syarikat, tidak pernah terjadi CEO dan CFO-nya itu orang yang sama. Ini penting bagi menjami ketelusan pengurusan kewangan di samping pengurusan sesebuah kendaliaan organisasi itu berjalan dengan penuh berhati-hati melalui elemen "check and balance". 

Praktis cukai kereta yang tinggi juga masih belum dapat diselesaikan. Rakyat terpaksa meminjam untuk membeli sesuatu yang susut nilainya sehingga sifar sebelum pinjaman itu sendiri habis. Malah kita meminjam untuk membayar cukai yang ternyata menyalahi prinsip asas kewangan! 

Nilai kereta susut selepas 5 tahun dengan kadar purata susut nilai (depreciation) 20% setahun. Tetapi kita biarkan pinjaman sehingga 9 tahun kerana rakyat tidak mampu bayar. 

Cukai kereta yang tinggi ini melambangkan betapa tidak peka kerajaan BN terhadap prinsip fundamental kewangan.

9. Hujah tarik subsidi gula untuk kesihatan suatu hujah yang dangkal - wajar diberhentikan. Walaupun Tan Sri Dr Kamal mengiakan hujah ini atas dasar ia bagi mengurangkan beban subsidi perubatan di masa hadapan tapi ia telah dijawab balik oleh Prof Dr Rajah, permintaan gula bersifat kurang anjal (inelastic demand), oleh itu sebarang kenaikan harga kerana kurangnya subsidi tidak membawa perubahan sangat kepada kuantiti pembelian gula. Kalau benar hendak atasi isu diabetes, ia melalui gaya hidup yang lebih sihat bukan melalui mekanisme harga. 

10. Cuma, kelemahan yang ketara bagi pihak kerajaan BN ialah kita masih memfokuskan kepada kadar pertumbuhan bukannya pengagihan ekonomi yang efisien dan optimum kepada rakyat terbanyak. 

Kesemua panelis bersetuju bahawa Malaysia memerlukan kepada sistem pengurusan ekonomi yang lebih "socially just" berbanding "higher growth" semata-mata. 

Laporan "Social Cost Benefit" perlu segera diwajibkan bagi mana-mana projek kerajaan sebagaimana amalan praktis berhemah di negara luar.

Sekian melaporkan.

Terima kasih kepada Mahasiswa UM atas penganjuran forum yang terbaik ini. Teruskan inisiatif bagus ini! 

Yang benar,
Za'im Yusoff
[truncated by WhatsApp]