Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, November 19, 2010

Travelog: ujian pertama

salam Eidul  Adha!
melihat beberapa dokumentari di kaca tv, rindu kepada Baitullah..baru teringat sudah lama tidak update blog..

selepas taklimat dan kursus ringkas di Surau Putra Al Amin 4C tempoh hari, kami diberitahu untuk mengambil tiket serta passport di pej pusat khidmat masyarakat...namun esok dah nak berangkat..macamana ni..akhirnya kami mendapat panggilan telefon daripada pej pusat khidmat... tiket dan passport akan di beri semasa hendak berangkat di KLIA.

06 Julai 2010, pagi-pagi lagi kami sudah bersiap-siap. pemeriksaan terakhir sebelum berangkat di buat sekali lagi...En Bahari sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi...selesai solat sunat musafir, saya berdoa agar dipermudahkan perjalanan..

Setengah jam perjalanan, kami sampai di KLIA...sudah ramai sahabat-sahabat yang sampai...saya terus mencari saudara shokri, mengesahkan kehadiran saya dan fujie..
saya sempat bertanya kepada beliau "mana passport, tiket?"
bersahaja dia jawab " hang tunggu sat, jangan pi mana-mana...senang kita nak cari"

Hati kecil saya berdetik..."Ya Allah Ya Tuhanku...Engkau yang Maha mengetahui dari segalanya.."

saya terus mencari Fujie yang sibuk berbual-bual bersama Mak Engku...saya terus berbisik padanya supaya bawa anak-anak pergi makan dahulu....mungkin lambat lagi flight...tak confirm...fujie terus merenung saya...maklumlah, macam-macam pernah berlaku..cerita orang nak pergi umrah ni...


..Jam sudah hampir pukul 1.00 petang...anak-anak dan nano sudah pulang bersama En Bahari...kasihan nanti mereka tunggu lama sangat...

selesai makan...saya memberitahu fujie supaya solat jama' zohor bersama-sama Mak Engku dahulu...takut nanti orang ramai...bilik solat di KLIA ni tidak boleh menampung jemaah yang besar dalam satu-satu masa..seperti biasa saya dan Pak Ku tunggu beg..

Ketika itu jemaah-jemaah dari travel agency lain sudah beratur dan ada yang check-in...kami masih ternanti-nanti tanpa sebarang maklumat...kerisauan dari sahabat-sahabat putrajaya jelas di muka masing-masing..

Pak Ku mendekati saya dan bertanya " guano kito nie wei...?"

Tiba-tiba saudara shokri meminta semua jemaah putrajaya membuat satu barisan dan membawa luggage masing-masing...Alhamdulillah...sedikit kekalutan berlaku..(maklumlah ada yang sudah menunggu lama sangat..ada jemaah dari Putrajaya yang sampai bersama keluarga yang menghantar seawal jam 10.00 pagi...)

satu-satu nama jemaah putrajaya dilaungkan untuk mengambil passport, tiket dan boarding pass..dan akhirnya   nama saya dan fujie dipanggil...alhamdulillah

saya terus beratur bersama-sama jemaah yang lain...selesai check in ..jemaah putrajaya terus diarahkan ke balai berlepas...rupanya-rupanya kami adalah jemaah yang terakhir...MH 8326 KUL-JEDDAH

Sunday, October 10, 2010

satu-satunya rumahku!

SATU-SATUNYA RUMAHKU

Rumah kita kelihatan teguh, tapi rapuh
Tidak berhati-hati, bila-bila masa runtuh
Anai-anai semakin banyak di dalamnya
Kitalah yang bersalah membiarkannya berleluasa
Sehingga kerakusan saban hari semakin marak berapi
Serangan terkini ialah tiang seri yang tegak berdiri
Nampaknya yang masih ada hanyalah tapak asas rumah ini
Itupun telah retak di sana sini
Pagar yang mengelilingi yang diharap dapat melindungi
Kiranya pagar yang makan padi

Sementara anai-anai bermaharajalela di dalamnya
Di luar ular lidi menjadi naga bercabang lidah
Menunggu saja untuk menyambar apa yang ada

Sementara semua itu terjadi
Kita penghuni di rumah ini
Ada yang bertelagah sesama sendiri
Ada yang hanyut dalam angan-angan dan mimpi
Ada yang di adudomba tanpa sedar
Ada yang bergendang dan asyik menari
Ada yang terus menghimpun harta dari punca yang diragui
Sekali sekala saja kita menyalak
Itupun bila digertak
Salakan yang nyaring tidak lagi digeruni
Mereka penuh yakin kita tidak bertaring lagi
Yang tinggal hanya gusi

Inilah satu-satunya rumah kita amanah Allah
Tiada faedah berdegar-degar berpidato tanpa berbuat apa
Cukuplah mendabik dada berbangga
Rumah ini tampak gagah zahirnya sahaja
Hakikatnya sudah banyak yang rapuh, yang lapuk, yang lekang
Jika masih jua tidak peka, tidak dikekang
Masa akan tiba
Kita tuan hanya pada nama
Tiada lagi bertakhta

Habsah Hassan – 23 Januari 2006 

Thursday, August 12, 2010

travelog - taklimat

salam ramadhan al mubarak..


alhamdulillah..akhirnya saya dapat meyakinkan fujie..beberapa minggu sebelum keberangkatan dialah yang paling sibuk..tempat shopping yang selalu dilawatinya..warta bandar baru bangi...sampai bekas (karung) nak simpan kasut pun dibelinya...saya kata padanya..dulu saya simpan kasut atau selipar dalam plastik care4 je..(tapi ada satu kejadian lucu yang berlaku di masjid al haram, mengenai bekas simpan kasut ni...nanti saya cerita kemudian)


hari keberangkatan makin hampir..saya telah menghubungi pusat khidmat masyarakat...katanya akan ada satu taklimat ringkas sebelum berangkat..tarikh belum ditentukan lagi. 


akhirnya pejabat pusat khidmat masyarakat menghubungi kami, tarikh berangkat disahkan pada hari selasa, 06 julai.. dan satu taklimat akan diadakan pada hari ahad, 04 julai di surau putra al amin, fasa 4C.


yang paling excited tentulah fujie..tapi kami tidak dapat mengikuti sepenuhnya taklimat dan kursus umrah tersebut kerana terpaksa berlari sekejap ke Universiti Malaya, acik shedah daftar hari itu. alhamdulillah semua urusan pendaftaran acik shedah berjalan lancar...dan terpaksa pula tinggalkan dia sorang-sorang kat UM..kerana rushing pula untuk taklimat di putrajaya.


sampai sahaja di surau putra al amin, jamuan tengahari baru bermula..pucuk dicita, ulam mendatang..perut memang lapar semenjak dari awal pagi...selesai jamuan tengahari dan solat zohor..taklimat diteruskan untuk bahagian praktikal...tahniah dan syabas kepada ustaz penceramah...walaupun ringkas dan sedikit kekangan masa...semua jemaah faham dan bersedia untuk berangkat pada keesokan harinya..berbekalkan sedikit pengalaman pada tahun 2000, saya meyakinkan fujie..insya Allah semuanya akan berjalan lancar apabila sampai disana nanti...perbanyakkan doa untuk dipermudahkan semua urusan ketika disana nanti...amin


airmata saya bergenang apabila semua jemaah beramai-ramai melafazkan talbiah " hamba Mu telah datang menyambut panggilan Mu Ya Allah, sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan Mu dan tidak ada sekutu bagi Mu"


p/s

http://www.youtube.com/watch?v=vyclOWba6zA

Saturday, July 24, 2010

travel log - jemputan


sampai di rumah saya terus meyakinkan fujie..semua ini adalah jemputan Nya ...hanya untuk hamba Nya yang terpilih..fujie harus bersyukur kerana telah mendapat jemputan Nya...


biar dlm masa tiga bulan ini fujie akan belajar dan menghargai jemputan Nya...yang penting esok kena pergi klinik nak cucuk...dah call Dr Fazura tadi...


satu lagi...sapa nak jaga budak-budak ni..this is first time kami pergi outstation sekali...selalunya kami arrange supaya salah seorang ada kat rumah nak tengok budak-budak ni...nampaknya kena minta tolong Nano tengokkan budak-budak ni...kena minta fujie pujuk Nano cuti dua minggu...


kedua..siapa nak relief saya kat office nanti...rasanya tak pernah cuti lama macam ni.. 


Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami dan urusan kami..InsyaAllah

Thursday, July 22, 2010

travel log - khabar gembira

Pagi 18 mac 2010..pejabat pusat khidmat masyarakat menelefon meminta saya dan fujie menyediakan passport untuk umrah dan ziarah bersama komuniti Putrajaya. tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan saya pada ketika itu...memang saya sudah menerima berita mengenai program tersebut daripada rakan Pak Ku...namun masih tidak menerima apa-apa maklumat daripada pihak pejabat pusat khidmat..sehinggalah pagi itu...sekali lagi terima kasih..En Azizi


saya terus menghubungi fujie dan menyampaikan berita gembira tersebut... mungkin dia agak terkejut dan hampir tidak dapat berkata-kata...saya kata "kita bincang apabila balik rumah nanti.."


sampai di pejabat saya memeriksa tarikh luput passport saya..Alhamdulillah...seingat saya masih belum expired...baru tahun lepas ikut program pusat khidmat ke Beijing...

Wednesday, July 21, 2010

Inflasi datang lagi!





courtesy from NST online


full story 
http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/rup002b/Article/




ingin meminjam nukilan dr mohd asri zainul abidin


"kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari

kalian beritahu: wang mesti dicatu, kita menuju maju

kalian kata: jika tidak semua menderita, habis harta negara..

kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja "


Ke mana pergi subsidi kami? — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Tuesday, July 20, 2010

Travel Log - Putrajaya, Madinah & Makkah

Alhamdulillah..dengan izin Nya sekali lagi saya menerima jemputan Nya untuk ke tanah suci. Dan yang manis pada kali ini saya menerima jemputan Nya untuk pergi bersama Fujie. Rasanya doa saya 10 tahun yang lalu telah dimakbulkan.

Saya bercadang untuk mencatat beberapa pengalaman yang dilalui sepanjang 12 hari di sana di blog ini.