Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, August 12, 2010

travelog - taklimat

salam ramadhan al mubarak..


alhamdulillah..akhirnya saya dapat meyakinkan fujie..beberapa minggu sebelum keberangkatan dialah yang paling sibuk..tempat shopping yang selalu dilawatinya..warta bandar baru bangi...sampai bekas (karung) nak simpan kasut pun dibelinya...saya kata padanya..dulu saya simpan kasut atau selipar dalam plastik care4 je..(tapi ada satu kejadian lucu yang berlaku di masjid al haram, mengenai bekas simpan kasut ni...nanti saya cerita kemudian)


hari keberangkatan makin hampir..saya telah menghubungi pusat khidmat masyarakat...katanya akan ada satu taklimat ringkas sebelum berangkat..tarikh belum ditentukan lagi. 


akhirnya pejabat pusat khidmat masyarakat menghubungi kami, tarikh berangkat disahkan pada hari selasa, 06 julai.. dan satu taklimat akan diadakan pada hari ahad, 04 julai di surau putra al amin, fasa 4C.


yang paling excited tentulah fujie..tapi kami tidak dapat mengikuti sepenuhnya taklimat dan kursus umrah tersebut kerana terpaksa berlari sekejap ke Universiti Malaya, acik shedah daftar hari itu. alhamdulillah semua urusan pendaftaran acik shedah berjalan lancar...dan terpaksa pula tinggalkan dia sorang-sorang kat UM..kerana rushing pula untuk taklimat di putrajaya.


sampai sahaja di surau putra al amin, jamuan tengahari baru bermula..pucuk dicita, ulam mendatang..perut memang lapar semenjak dari awal pagi...selesai jamuan tengahari dan solat zohor..taklimat diteruskan untuk bahagian praktikal...tahniah dan syabas kepada ustaz penceramah...walaupun ringkas dan sedikit kekangan masa...semua jemaah faham dan bersedia untuk berangkat pada keesokan harinya..berbekalkan sedikit pengalaman pada tahun 2000, saya meyakinkan fujie..insya Allah semuanya akan berjalan lancar apabila sampai disana nanti...perbanyakkan doa untuk dipermudahkan semua urusan ketika disana nanti...amin


airmata saya bergenang apabila semua jemaah beramai-ramai melafazkan talbiah " hamba Mu telah datang menyambut panggilan Mu Ya Allah, sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan Mu dan tidak ada sekutu bagi Mu"


p/s

http://www.youtube.com/watch?v=vyclOWba6zA