Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, November 15, 2008

rumah siap, pahat masih berbunyi

salam

keputusan pemilihan mesy bhgn saya terima agak lewat malam. seperti janji saya semalam sedikit analisa mungkin kita boleh kongsi bersama dengan keputusan ini.

jumlah perwakilan pada mesy bhgn yang lalu adalah 117 orang. undi rosak 18. bakinya hanya 99 perwakilan sahaja yang membuang undi iaitu sebanyak 1980 undi (99 perwakilan x 20 undi).

seramai 16 orang calon daripada ketua-ketua caw. dan hampir semua iaitu 12 orang ketua caw telah berjaya menempatkan diri mereka di dlm bhgn. cuma 4 orang ketua caw yang tidak dipilih; caw seroja, caw bunga raya, caw bunga tulip dan caw bunga ros.

manakala seramai 17 orang dikalangan ahli biasa juga menawarkan diri mereka untuk ajk bhgn. hanya 5 orang telah mendapat perhatian perwakilan. setiap seorang daripada caw kenanga, caw daisy, caw dedap, caw kiambang dan caw dahlia.

menariknya calon-calon kali ini juga datangnya daripada kalangan wanita dan pemuda. seramai 8 orang pemuda dan 3 orang wanita menawarkan diri. ketiga-tiga wanita gagal didalam persaingan tersebut. namun pemuda berjaya menempatkan 3 orang wakilnya ke ajk bhgn.

jika dilihat dari segi peratusan pula, ajk bhgn masih didominasi oleh ketua caw iaitu 60% (12 orang), diikuti oleh ahli biasa 25%(5 orang) dan pemuda 15%(3 orang).

agak menarik untuk kita perhatikan untuk tiga tahun akan datang. ada 9 orang muka baru di dalam barisan ajk bhgn. masing-masing daripada caw kekwa, orkid, kantan, kenanga, kasturi, jenjarum, matahari, dedap dan kaktus. tahniah sekali lagi!

11 orang ajk bhgn yang lalu berjaya mengekalkan jawatan mereka. manakala 6 orang gagal mempertahankan jawatan mereka. dan 2 orang telah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada kali ini. (masih tinggal 1 orang...tak jumpa cari)

taburan undi pula, untuk ajk nombor satu memperolehi undi setinggi 92 undi dan yang paling rendah (ajk ke 20) ialah 44 undi.

kini lebih tertumpu kepada jawatan-jawatan lantikan mengikut fasal 15.1.8 dan 15.4. dan jumlah kesemua jawatan lantikan ini seramai 10 orang.

wallahu'alam.


p/s
ada rakan meminta saya membuat analisa mengikut kem-kem sewaktu kempen tersebut. namun bagi saya adalah tidak adil untuk saya melabel perwakilan-perwakilan mengikut kem Ku Nan, Dato' Din, Fairuz, Pak Ku Bidin, Dato Zaki, Tun Faizal, Kak Saadiah, Pn Azizah dan Pn Zarina.
ironinya, pada mesy perwakilan tersebut, memang banyak "chai". semua kem-kem ini tidak mengaku mengeluarkan chai tersebut.
bagi saya perwakilan telah membuat pilihan mereka. tugas dan tanggungjawab pengurusan bhgn selepas ini untuk memastikan kem-kem ini "di tutup" terus. kita masih di dalam satu parti. proses pemilihan tersebut berlaku dalam parti, sesama kita....
saya reserve komen itu untuk sessi kedai kopi. rasanya tidak sesuai untuk di posting di sini.


No comments: