Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, August 28, 2008

theory of change


Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai ahli Parlimen

28/08/2008 10:22am

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Pemantang Pauh. lanjut di sini



http://www.malaysiakini.com/news/88718

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Frontpage/20080828103233/Article/index_html

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/28/nation/20080828100910&sec=nation


hampir kesemua headlines dan blog menyiarkan berita ini. saya juga turut teruja untuk menyiarkannya di blog ini. namun dengan izin, saya juga ingin menarik perhatian pembaca sedikit terkeluar daripada isu di atas.

Anwar Ibrahim telah menang dengan kelebihan majoriti, yang pada awalnya semua menjangkakan akan mendapat majoriti yang kurang. semuanya telah menjadi sejarah. rakan-rakan yang berada di permatang pauh membawa berbagai berita dan cerita. hampir keseluruhannya mengenai kepincangan jentera bn dan umno.

pada pendapat saya, rakyat permatang pauh telah menggunakan hak mereka. tiada siapa pun dapat menafikan. hak mereka dan pilihan mereka. mereka mahukannya!

sekarang kita kecilkan skop tersebut kepada umno bhgn putrajaya. sebagai seorang ahli yang telah membayar yurannya, kita juga mempunyai hak yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa.

fasal 6, tanggungjawab dan hak ahli; perlembagaan umno amat jelas. dan kalau kita susuri sub-fasal tersebut lebih jelas hak sebagai seorang ahli, contohnya:

6.2.1 bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti

6.2.2 memilih, dipilih dan dilantikuntuk sebarang jawatan di dalam parti

stephen r covey di dalam bukunya "seven habits of highly effective people" ada menyatakan salah satu prinsip atau asas untuk menjadi orang yang berguna adalah "paradigm shift" atau anjakan paradigma. apabila asas atau prinsip ini sudah diperbetulkan, kita seterusnya hendaklah melengkapkan dengan tujuh tabiat-tabiat tersebut.

untuk berjaya, kita harus berani berubah. perubahan hadir dengan keberanian individu itu sendiri. hatta Allah s.w.t juga tidak dapat menolong. seperti maksud firmanNya:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Alquran 13:11)

ada satu lagi terminologi yang menjadi penghalang kepada paradigm shift ini, iaitu "paradigm paralysis" atau lumpuh paradigma. ianya bolehlah diandaikan kepada seseorang yang tidak mungkin akan berubah kerana tidak ada keupayaan untuk melihat atau memikir perihal keadaan masa akan datang. jika ini terjadi, maka amat malanglah bangsa umat melayu ini.

kalau kita kembali kepada sirah Rasulullah s.a.w. baginda juga melakukan anjakan paradigma setelah berada lama di kota Mekkah. baginda berhijrah daripada mekkah ke madinah. dan bermula dari saat itu, kita telah menjadi satu umat Islam yang berani dan tidak bersembunyi-sembunyi lagi.

sinonimnya baginda s.a.w. berhijrah daripada satu keadaan yang dibenci dan dihina kepada keadaan yang lebih baik. sesungguhnya hijrah itu akan membawa kebaikan kepada kita semua.

wallhu'alam. salam ramadhan!

3 comments:

Anonymous said...

Kenapa sunyi sepi aje coment blog nih????????

Anonymous said...

boleh ke kawe2 demo lawe KB, TKB dan NKTB? hambo sokong mn yg beri gmbo agong......sumo hambo goreh....hambo nk ingat kan bdk sukri dgn tok ding giler nih supaya byk2 bw bertaubat nasuha.....sempena menyambut bulan yang mulia ini bulan ramadhan al mubarak...kedua2 ekor tuh tkb & sub tahu ke puasa?

Anonymous said...

dakkolin & amp; dakkosin...

mu buat malu ore klate je...dah tau bulan puasa buat apo nyo dok ngata ke Tok Din ngan Sukri tu??? mu panggil ore ekor....hambo takot kalu mu mati nanti tumbuh ekor kot jubur mu.....mu tu bawak taubat nasuha dulu....dosa dengan Allah s.w.t. boleh bertaubat tapi dosa ngan manusia haaaa....mu kena beritahu satu persatu perkataan yang mu sebuk untuk mendapat kemaafan dari ore tu.....mintak dijauhkan hambo ngan ore cam mu ni...buat malu ore klate....