Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, September 2, 2008

ramadhan al mubarak



salam,

"alhamdulillah, kita telah diberi kesempatan sekali lagi pada tahun ini untuk bertemu dengan ramadhan. semoga ramadhan tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu." itulah ucapan alu-aluan daripada ustaz manap, imam besar masjid putra.

selesai tarawih semalam, saya terus mendapatkan beliau. maklumlah lama tak jumpa. saya lebih selesa bersolah jumaat di surau presint 11. masjid putra ni kena jalan jauh sikit. niat untuk ziarah rakan-rakan menguatkan saya untuk tarawih di masjid putra kali ini.

jamaah pada awal ramadhan memang ramai. seperti dimana-mana surau dan masjid. cuma diakhir-akhir ramadhan yang selalu menjadi masalah kourum.

"inta sihat?" pertanyaan yang biasa diajukan kepada saya apabila bertemu beliau
"alhamdulillah, uztaz macamana?" tanya saya kembali
"ana macam ni lah...jaga masjid" jawabnya

seterusnya beliau menerangkan beberapa program yang akan dijalankan sepanjang ramadhan di masjid putra. padat dengan aktiviti dan program. bermula daripada tazkirah waktu zohor hinggalah kepada tadarrus selepas tarawih. cuma menantikan komitmen kita sahaja. tahniah buat rakan masjid putra.

sebelum beredar, beliau sempat bertanya kepada saya
" boss inta sihat?"

tanpa berfikir panjang saya menjawab
"sihat....."

di dalam kereta saya teringat kembali pertanyaan ustaz manap tadi. "boss" siapa yang uztaz manap maksudkan tadi.

terus saya memandu ke "pengkalan" (kata seorang rakan politik ni) naz maju. boleh tahan juga ramai pelanggan yang makan teh. bersangka baik di bulan ramadhan ini. mungkin semuanya telah selesai tarawih agaknya. banyak surau yang menjalankan tarawih di sekitar pengkalan naz maju ini. surau putra harmoni, surau blok 5 dan blok6 dan surau di tanah runtuh.

saya tidak bercadang untuk singgah. sekadar meninjau kalau-kalau ada rakan-rakan yang pekena teh. sebelum ini seorang rakan memberitahu jadual untuk bulan ramadhan ini kena berubah. keutamaan harus diberi kepada mengimarahkan ramadhan, katanya. jangan asyik dengan politik.

politik putrajaya? masih ada dua cawangan yang dijangka akan besidang pada hujung minggu ini. cawangan bunga meranti di presint 9 dan cawangan bunga tanjung di presint 16. cawangan bunga tanjung dijangka akan bersidang semula, setelah ditangguhkan tiga kali. saya akan cuba update setiap hari untuk perkembangan selanjutnya. Ku Nan telah selesa dan jika tiada pencalonan untuk Fairuz daripda cawangan ini, pasti beliau akan menang tanpa bertanding sekali lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Dalam Al'mubarak...catatan dan coretan anda baik tapi miripnya masih kepada 2 + 1 renung2 kan ??

Anonymous said...

Reputasi Tengku Adnan terjejas

KUALA LUMPUR - Hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V K Lingam tidak dapat diragukan telah memberi kesan terhadap Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan menjejaskan reputasinya, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.

Peguam bela Tengku Adnan, Datuk Bastian Pius Vendargon berkata, berikutan hasil siasatan suruhanjaya itu, Tengku Adnan juga terdedah kepada kemungkinan prosiding jenayah.

Vendargon berkata, dengan keadaan itu, Tengku Adnan berhak memohon bagi mendapatkan semakan penghakiman berhubung hasil siasatan suruhanjaya kerana Perintah 53 Peraturan 2(4) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 menetapkan pemohon mesti membuktikan yang mereka terjejas teruk dengan sebarang keputusan pihak berkuasa awam sehingga semakan terhadap keputusan itu perlu didengar.

“Dalam kes ini, siasatan laporan itu telah menjejaskan reputasi pemohon (Tengku Adnan). Oleh itu dia (Tengku Adnan) berhak membuat permohonan itu (mendapatkan semakan penghakiman),” katanya.

Vendargon berkata, oleh kerana Tengku Adnan tidak mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap hasil siasatan suruhanjaya, pilihan yang ada buat Tengku Adnan ialah memohon semakan penghakiman.

Vendargon sedang menjawab bantahan awal yang dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi pada 16 Julai untuk menolak permohonan lima individu bagi mendapatkan semakan penghakiman berhubung hasil siasatan suruhanjaya itu.

Pemohon berkenaan ialah peguam Datuk V K Lingam, hartawan Tan Sri Vincent Tan, Tengku Adnan dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin.

Mereka mahu bahagian tertentu dalam laporan suruhanjaya itu yang mengaitkan mereka supaya dipadamkan.

Suruhanjaya itu dianggotai Pengerusi Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, hakim mahkamah rayuan yang bersara Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Anggota panel dalam inkuiri 17 hari itu adalah berhubung klip video 14 minit itu yang dikeluarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaparkan Lingam berbual di telefon, kononnya dengan Ahmad Fairuz, didakwa mengaturkan urusan pelantikan hakim.

Suruhanjaya itu dalam laporannya yang dikeluarkan kepada awam mendapati video klip itu adalah tulen dan mencadangkan supaya tindakan diambil terhadap Lingam, Vincent, Tengku Adnan, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Fairuz dan Mohd Eusoff atas salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati terdapat alasan kukuh untuk menyiasat enam lelaki itu berhubung kesalahan mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Guaman 1976.

Tun Mahathir tidak membuat permohonan untuk semakan penghakiman.

Pada perbicaraan semalam, Vendargon juga mengemukakan hujah bahawa laporan suruhanjaya itu jelas tertakluk untuk semakan penghakiman.

Vendargon berkata, pemohon bagi permohonan semakan penghakiman itu hanya ingin mendapatkan perisytiharan terhadap laporan siasatan suruhanjaya. Vendargon akan meneruskan penghujahan pada 9 September.

- BERNAMA