Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday, March 22, 2014

kopi luwak

proses penyediaan kopi luwak..

Monday, November 4, 2013

Salam Muharram 1435H



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Alloh Tuhan Seluruh Alam.


Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya semua.


Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.

Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. 

Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. 

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.Segala puji bagi Alloh Tuhan Seluruh Alam 

Amin yaa rabbal ‘alamin

Friday, November 1, 2013

FORUM BAJET 2014



As salam, saya menerima posting di dalam salah satu "whats up" yang saya dijemput bersama-sama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Putrajaya. Saya copy n paste terus mesej tersebut untuk kita fikirkan bersama. 


[DAPATAN RINGKAS FORUM BAJET 2014 UNIVERSITI MALAYA]

Panelis :

Tan Sri Datuk Dr Kamal Salih (bekas MP Wangsa Maju 1995, PHD Penn Uni)

Prof Dr Rajah Rasiah (Faculty Dean, PHD Cambridge Uni)

Dr. Nungsari Ahmad (Khazanah, PHD Penn Uni)

Dr. Dzulkifli Ahmad (Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, PHD Imperial College)

10 DAPATAN MENARIK :
*Segala statistik diambil terus daripada dapatan forum, tidak melalui pemeriksaan semula kepada data asal/rasmi. Kebanyakan mungkin hanyalah anggaran kasar semata-mata. 

1. Bajet 2014 merupakan bajet yang ada pro dan kontra. Yang paling jelas bajet ini tidak dapat menyembunyikan lagi beban hutang negara yang begitu membimbangkan di mana hutang negara sudah menghampiri siling 55% daripada GDP (KDNK). Jumlah KDNK negara kita menghampiri RM 1 trillion. 

Kalau dicampur dengan hutang isi rumah yang berjumlah 86% daripada GDP, maka negara berhutang sudah melebihi kadar 120% daripada GDP. Bermaksud, negara mempunyai beban hutang melebihi daripada RM 1 trillion jika dicampur kedua peratusan itu. 

Dalam erti kata lain, seorang rakyat menanggung hampir RM 60 ribu beban hutang. Tambah membimbangkan, kadar pendapatan tidak begitu meningkat dan rakyat tidak begitu merasakannya kerana selama ini ia ditampung oleh subsidi yang tinggi. 

2. Bajet kali ini dikhabarkan dirangka dalam menuju ke arah bajet berimbang menjelang 2020. Ini boleh dicapai andai kata isu yang paling fundamental yakni komitmen kerajaan sendiri dalam menutup secara serius ruang-ruang ketirisan dilaksanakan dengan bersungguh. 

Dasar jimat-cermat Amerika Syarikat misalnya dalam menampung ruang-ruang ketirisan telah berjaya mengatasi hutang negara mereka sebanyak 20% dengan kadar penjimatan. Pakatan Rakyat menjangkakan andai kata kerajaan BN serius dalam hal penjimatan dan sesifar mungkin ketirisan, kita mampu mencapai peratusan 24% dalam membiayai hutang negara hanya melalui usaha penjimatan. 

3. Kadar produktiviti negara berada di tahap yang rendah. 

Dari satu segi, saiz kakitangan kerajaan juga amat besar merangkumi 1.4 juta pekerja berbanding sekitar 1 juta pekerja pada tahun 2009. Ini menambahkan beban operasi dalam sektor kerajaan. Maka, adalah amat mustahak produktiviti dalam kalangan kakitangan kerajaan diperkasakan. 

Tambah memilukan, nilai keuntungan yang diperoleh dalam sesuatu ekonomi di Malaysia hanya dimiliki oleh para pekerja sekitar 28% di mana baki 72% dimiliki oleh para kapitalis. Berbeza dengan negara-negara maju di mana para pekerja memiliki peratusan keuntungan sekitar 50-54% daripada sesebuah perolehan ekonomi. 

Ini menunjukkan agihan ekonomi dalam kalangan kapitalis-pekerja masih di tahap tidak seimbang dan terzahir dalam Gini Coefficient negara yang tidak begitu banyak perubahan.

4. Kita juga tidak memasukkan "contingency liability" misalnya projek mega seperti MRT ke dalam bajet sedangkan kos operasi sudah mula berlangsung walaupun projek itu belum lengkap. 

Secara dasar, dicadangkan agar kerajaan menggunakan kaedah akrual dalam dasar perakaunan negara bagi mengelakkan tuntutan bajet tambahan yang saban dibentangkan ke Parlimen tahun sejak 2009 berlaku. 

Ini juga antara komitmen yang kerajaan BN wajib komited. Hentikan tuntutan bajet tambahan yang berjumlah sekitar 20 billion setiap tahun yang seakan sudah menjadi tradisi kebelakangan tahun ini. Paling menyedihkan, apabila yang diusulkan itu ialah wang yang sudah dibelanjakan! Amalan ini harus diberhentikan andai kerajaan BN benar-benar serius untuk mencapai target bajet berimbang menjelang tahun 2020.



5. Kesemua panelis pada dasarnya bersetuju dengan GST yang ternyata lebih baik sistemnya berbanding SST dari sudut kutipan, agihan dan sebagainya (broaden the tax base). 

Namun, yang menjadi titik pertikaian ialah cara bagaimana GST itu dilaksanakan. 

Misalnya, dengan keadaan pendapatan rakyat tidak meningkat dan tiada komitmen yang jelas dari kerajaan untuk mengatasi ketirisan, kita bimbang sistem cukai terbaik sekali pun diguna pakai tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi negara. 

Diskusi peribadi selepas forum bersama Dr Dzul misalnya mendedahkan Pakatan Rakyat tidak menentang GST bukan kerana roh sistem GST tetapi kerana kadar GST 6% pada awal-awal lagi ternyata amat menekan rakyat. Singapura misalnya mengenakan GST pada takat 3% selama hampir sedekad sebelum menaikkan kadar GST berkenaan. Ini juga praktis di negara-negara lain. 

6. Malaysia juga menghadapi masalah tekanan gaji (wage depression). Ini terhasil dengan kebanjiran pekerja asing berkemahiran rendah. Ini mengakibatkan kurangnya insentif kepada industri untuk menaikkan gaji. Ini kemudiannya mengakibatkan kenaikan gaji di Malaysia berada di tahap yang minimum. 

Di samping itu, kebanjiran pekerja asing berkemahiran rendah tidak membantu pemindahan teknologi dan kepakaran sebagaimana yang diharapkan. Selagi Malaysia masih tersekat sebagai pemain industri tambah nilai (value-added industry) semata-mata, selagi itu Malaysia akan berada di takuk yang sama pada hari ini.

Malaysia memerlukan janaan ekonomi pulangan terus secara lebih serius (increasing return economy).

7. Pada sekitar 70-an, KDNK Korea hanyalah suku daripada Malaysia. Pada hari ini, KDNK Korea bernilai empat kali ganda daripada Malaysia. Bagaimana ini boleh terjadi? 

Antaranya ialah fokus kedua-dua kerajaan ini berbeza. 

Korea menumpukan kepada kualiti pertumbuhan ekonomi berbanding Malaysia yang memfokuskan kepada kadar pertumbuhan ekonomi yang hanyalah merupakan praktis perakaunan semata-mata yakni tidak menunjukkan perbezaan ekonomi sebenar dan ekonomi potensi yang nyata. 

Generasi anak muda wajar sedar hal ini. Fokuskan kepada kualiti pertumbuhan negara bukan kadar pertumbuhan yang hanya sekadar permainan silap mata semata-mata. 

8. Praktis kewangan negara amat pelik. 

Antaranya bagaimana seorang Perdana Menteri dalam masa yang sama boleh menjadi Menteri Kewangan. Dalam mana-mana syarikat, tidak pernah terjadi CEO dan CFO-nya itu orang yang sama. Ini penting bagi menjami ketelusan pengurusan kewangan di samping pengurusan sesebuah kendaliaan organisasi itu berjalan dengan penuh berhati-hati melalui elemen "check and balance". 

Praktis cukai kereta yang tinggi juga masih belum dapat diselesaikan. Rakyat terpaksa meminjam untuk membeli sesuatu yang susut nilainya sehingga sifar sebelum pinjaman itu sendiri habis. Malah kita meminjam untuk membayar cukai yang ternyata menyalahi prinsip asas kewangan! 

Nilai kereta susut selepas 5 tahun dengan kadar purata susut nilai (depreciation) 20% setahun. Tetapi kita biarkan pinjaman sehingga 9 tahun kerana rakyat tidak mampu bayar. 

Cukai kereta yang tinggi ini melambangkan betapa tidak peka kerajaan BN terhadap prinsip fundamental kewangan.

9. Hujah tarik subsidi gula untuk kesihatan suatu hujah yang dangkal - wajar diberhentikan. Walaupun Tan Sri Dr Kamal mengiakan hujah ini atas dasar ia bagi mengurangkan beban subsidi perubatan di masa hadapan tapi ia telah dijawab balik oleh Prof Dr Rajah, permintaan gula bersifat kurang anjal (inelastic demand), oleh itu sebarang kenaikan harga kerana kurangnya subsidi tidak membawa perubahan sangat kepada kuantiti pembelian gula. Kalau benar hendak atasi isu diabetes, ia melalui gaya hidup yang lebih sihat bukan melalui mekanisme harga. 

10. Cuma, kelemahan yang ketara bagi pihak kerajaan BN ialah kita masih memfokuskan kepada kadar pertumbuhan bukannya pengagihan ekonomi yang efisien dan optimum kepada rakyat terbanyak. 

Kesemua panelis bersetuju bahawa Malaysia memerlukan kepada sistem pengurusan ekonomi yang lebih "socially just" berbanding "higher growth" semata-mata. 

Laporan "Social Cost Benefit" perlu segera diwajibkan bagi mana-mana projek kerajaan sebagaimana amalan praktis berhemah di negara luar.

Sekian melaporkan.

Terima kasih kepada Mahasiswa UM atas penganjuran forum yang terbaik ini. Teruskan inisiatif bagus ini! 

Yang benar,
Za'im Yusoff
[truncated by WhatsApp]

Sunday, October 20, 2013

Pemilihan Agung UMNO PAU 2013

as salam

saya paling tertarik dengan ulasan yang di beri oleh The Scribe A Kadir Jasin: "Awasi Nasib Malang Burung Dodo"




"Kalau saya boleh meminjam ungkapan bahasa Inggeris, “the saving grace” yang sedikit sebanyak menyelamatkan air muka parti itu dalam pemilihan Naib Presiden adalah penolakan mutakhir terhadap calon-calon yang pernah dihukum oleh parti kerana politik wang.

Jelaslah yang Presiden parti itu, Mohd Najib Abdul Razak, yang menang tanpa bertanding, memperoleh apa yang beliau idamkan iaitu pengekalan status quo jawatan Naib Presiden. Sama ada beliau campur tangan secara tersurat atau tersirat, pasukan Naib Presiden beliau kekal.

Ini baik bagi Mohd Najib tetapi tidak semestinya baik bagi Umno. Tidak ada tanda nyata bahawa Umno semakin muda, segar dan dibarisi generasi pelapis kecuali beberapa kerat yang menang kerusi biasa MT."


Ulasan penuh beliau boleh baca di sini:

Thursday, October 10, 2013

Tranformasi - Demokrasi


"Saya ingat ia transformasi yang baik, yang kita alu-alukan kerana kita tahu amalan dulu kadang- kala ada perubahan dari segi pencalonan dan undi. 

Saya sendiri pun semasa bertanding Ketua Pergerakan Pemuda dulu mendapat pencalonan tertinggi dan antara yang terawal melepasi garis pencalonan (tetapi) akhirnya saya kecundang (dan) bukan setakat itu dapat undi tercorot. Timbul rasa tak puas hati dalam kalangan perwakilan bahagian yang hasrat mereka tak kesampaian, mereka tertanya-tanya kenapa berlaku keadaan pelik itu kerana kehadiran perwakilan semasa mesyuarat dan semasa pencalonan jauh lebih ramai daripada jumlah undi yang didapati semasa Perhimpunan Agung di mana pemilihan dibuat. 



Apabila proses ini diubah supaya kuasa penentu diberikan semula kepada bahagian, tujuannya untuk memperkasakan parti yang benar-benar mengambil kira kehendak ahli, daripada 2,800 perwakilan meningkat kepada 146,500 orang adalah perubahan yang besar. 

Kita kena ingat jumlah ahli UMNO ialah 3.3 juta orang. Jadi dalam konteks ini, jumlah itu masih kecil, tapi ia adalah perubahan yang positif. Walaupun begitu, sekarang ini yang saya bimbang bukan soal peraturan tapi amalan. Yang saya maksudkan kadang-kadang ada desakan atau tekanan tertentu terhadap ahli, malah terhadap ketua di semua peringkat sama ada cawangan dan bahagian untuk membuat keputusan yang kadang-kadang tidak seiring dengan kehendak mereka sendiri dan ini bertentangan dengan amalan demokrasi yang hendak kita pupuk."

Y.A.B Dato ' Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir


PEMIMPIN

PEMIMPIN,
merupakan seorang individu yang ciri2nya belum tentu ada pada setiap orang. Seorang pemimpin tidak semestinya dari kalangan ketua. Tetapi seorang ketua belum tentu punya ciri2 seorang pemimpin.

Untuk memimpin individu atau komuniti sekeliling bukan satu tugas yang mudah. Pemimpin mempunyai perancangan untuk memajukan komuniti dan masyarakat yang dipimpim. Majoriti selalunya akan membuat keputusan dengan memikirkan impak pada keseluruhan yang dipimpin kelak.

Pemimpin selalunya berfikiran terbuka, boleh mendengar dan boleh menerima apa2 sahaja cadangan. Beliau tidak akan membiarkan unsur2 yang tidak baik menganggu orang2 yang dipimpin. Untuk mengupas mengenai pemimpin memang tak kan habis kerana bila seseorang menjadi pemimpin, beliau sentiasa menjadi topik perbualan yang akan merangkumi pelbagai aspek. Baik dari segi peribadi mahupun kegiatan yang di lakukan.....


http://wirawatiperkasa.blogspot.com/2012/03/ketua-vs-kepala-vs-pemimpin.html



Monday, September 10, 2012

eidul fitri


bendang sekarang dah kering...

Sunday, March 11, 2012

ubi keledek



ubi keledek manis...di Kota Saigon

rezeki jalanan


berjumpa dengan seorang pakcik ni yang tekun menjual "bulu ayam" di sebatang jalan Kota Saigon

Sunday, February 26, 2012

sk pulau mabul



Gambar semasa lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul, Semporna. Jutaan terima kasih kepada Tuan Gurubesar En Ahmad Hakim bin Jaafar dan guru-guru.


http://www.facebook.com/pages/SK-PULAU-MABUL/114118395267860

Friday, February 24, 2012

Bot Penambang




mode pengankutan ini masih banyak digunakan di Sungai Mekong..

http://en.wikipedia.org/wiki/Mekong_River_Delta

Friday, November 19, 2010

Travelog: ujian pertama

salam Eidul  Adha!
melihat beberapa dokumentari di kaca tv, rindu kepada Baitullah..baru teringat sudah lama tidak update blog..

selepas taklimat dan kursus ringkas di Surau Putra Al Amin 4C tempoh hari, kami diberitahu untuk mengambil tiket serta passport di pej pusat khidmat masyarakat...namun esok dah nak berangkat..macamana ni..akhirnya kami mendapat panggilan telefon daripada pej pusat khidmat... tiket dan passport akan di beri semasa hendak berangkat di KLIA.

06 Julai 2010, pagi-pagi lagi kami sudah bersiap-siap. pemeriksaan terakhir sebelum berangkat di buat sekali lagi...En Bahari sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi...selesai solat sunat musafir, saya berdoa agar dipermudahkan perjalanan..

Setengah jam perjalanan, kami sampai di KLIA...sudah ramai sahabat-sahabat yang sampai...saya terus mencari saudara shokri, mengesahkan kehadiran saya dan fujie..
saya sempat bertanya kepada beliau "mana passport, tiket?"
bersahaja dia jawab " hang tunggu sat, jangan pi mana-mana...senang kita nak cari"

Hati kecil saya berdetik..."Ya Allah Ya Tuhanku...Engkau yang Maha mengetahui dari segalanya.."

saya terus mencari Fujie yang sibuk berbual-bual bersama Mak Engku...saya terus berbisik padanya supaya bawa anak-anak pergi makan dahulu....mungkin lambat lagi flight...tak confirm...fujie terus merenung saya...maklumlah, macam-macam pernah berlaku..cerita orang nak pergi umrah ni...


..Jam sudah hampir pukul 1.00 petang...anak-anak dan nano sudah pulang bersama En Bahari...kasihan nanti mereka tunggu lama sangat...

selesai makan...saya memberitahu fujie supaya solat jama' zohor bersama-sama Mak Engku dahulu...takut nanti orang ramai...bilik solat di KLIA ni tidak boleh menampung jemaah yang besar dalam satu-satu masa..seperti biasa saya dan Pak Ku tunggu beg..

Ketika itu jemaah-jemaah dari travel agency lain sudah beratur dan ada yang check-in...kami masih ternanti-nanti tanpa sebarang maklumat...kerisauan dari sahabat-sahabat putrajaya jelas di muka masing-masing..

Pak Ku mendekati saya dan bertanya " guano kito nie wei...?"

Tiba-tiba saudara shokri meminta semua jemaah putrajaya membuat satu barisan dan membawa luggage masing-masing...Alhamdulillah...sedikit kekalutan berlaku..(maklumlah ada yang sudah menunggu lama sangat..ada jemaah dari Putrajaya yang sampai bersama keluarga yang menghantar seawal jam 10.00 pagi...)

satu-satu nama jemaah putrajaya dilaungkan untuk mengambil passport, tiket dan boarding pass..dan akhirnya   nama saya dan fujie dipanggil...alhamdulillah

saya terus beratur bersama-sama jemaah yang lain...selesai check in ..jemaah putrajaya terus diarahkan ke balai berlepas...rupanya-rupanya kami adalah jemaah yang terakhir...MH 8326 KUL-JEDDAH

Sunday, October 10, 2010

satu-satunya rumahku!

SATU-SATUNYA RUMAHKU

Rumah kita kelihatan teguh, tapi rapuh
Tidak berhati-hati, bila-bila masa runtuh
Anai-anai semakin banyak di dalamnya
Kitalah yang bersalah membiarkannya berleluasa
Sehingga kerakusan saban hari semakin marak berapi
Serangan terkini ialah tiang seri yang tegak berdiri
Nampaknya yang masih ada hanyalah tapak asas rumah ini
Itupun telah retak di sana sini
Pagar yang mengelilingi yang diharap dapat melindungi
Kiranya pagar yang makan padi

Sementara anai-anai bermaharajalela di dalamnya
Di luar ular lidi menjadi naga bercabang lidah
Menunggu saja untuk menyambar apa yang ada

Sementara semua itu terjadi
Kita penghuni di rumah ini
Ada yang bertelagah sesama sendiri
Ada yang hanyut dalam angan-angan dan mimpi
Ada yang di adudomba tanpa sedar
Ada yang bergendang dan asyik menari
Ada yang terus menghimpun harta dari punca yang diragui
Sekali sekala saja kita menyalak
Itupun bila digertak
Salakan yang nyaring tidak lagi digeruni
Mereka penuh yakin kita tidak bertaring lagi
Yang tinggal hanya gusi

Inilah satu-satunya rumah kita amanah Allah
Tiada faedah berdegar-degar berpidato tanpa berbuat apa
Cukuplah mendabik dada berbangga
Rumah ini tampak gagah zahirnya sahaja
Hakikatnya sudah banyak yang rapuh, yang lapuk, yang lekang
Jika masih jua tidak peka, tidak dikekang
Masa akan tiba
Kita tuan hanya pada nama
Tiada lagi bertakhta

Habsah Hassan – 23 Januari 2006 

Thursday, August 12, 2010

travelog - taklimat

salam ramadhan al mubarak..


alhamdulillah..akhirnya saya dapat meyakinkan fujie..beberapa minggu sebelum keberangkatan dialah yang paling sibuk..tempat shopping yang selalu dilawatinya..warta bandar baru bangi...sampai bekas (karung) nak simpan kasut pun dibelinya...saya kata padanya..dulu saya simpan kasut atau selipar dalam plastik care4 je..(tapi ada satu kejadian lucu yang berlaku di masjid al haram, mengenai bekas simpan kasut ni...nanti saya cerita kemudian)


hari keberangkatan makin hampir..saya telah menghubungi pusat khidmat masyarakat...katanya akan ada satu taklimat ringkas sebelum berangkat..tarikh belum ditentukan lagi. 


akhirnya pejabat pusat khidmat masyarakat menghubungi kami, tarikh berangkat disahkan pada hari selasa, 06 julai.. dan satu taklimat akan diadakan pada hari ahad, 04 julai di surau putra al amin, fasa 4C.


yang paling excited tentulah fujie..tapi kami tidak dapat mengikuti sepenuhnya taklimat dan kursus umrah tersebut kerana terpaksa berlari sekejap ke Universiti Malaya, acik shedah daftar hari itu. alhamdulillah semua urusan pendaftaran acik shedah berjalan lancar...dan terpaksa pula tinggalkan dia sorang-sorang kat UM..kerana rushing pula untuk taklimat di putrajaya.


sampai sahaja di surau putra al amin, jamuan tengahari baru bermula..pucuk dicita, ulam mendatang..perut memang lapar semenjak dari awal pagi...selesai jamuan tengahari dan solat zohor..taklimat diteruskan untuk bahagian praktikal...tahniah dan syabas kepada ustaz penceramah...walaupun ringkas dan sedikit kekangan masa...semua jemaah faham dan bersedia untuk berangkat pada keesokan harinya..berbekalkan sedikit pengalaman pada tahun 2000, saya meyakinkan fujie..insya Allah semuanya akan berjalan lancar apabila sampai disana nanti...perbanyakkan doa untuk dipermudahkan semua urusan ketika disana nanti...amin


airmata saya bergenang apabila semua jemaah beramai-ramai melafazkan talbiah " hamba Mu telah datang menyambut panggilan Mu Ya Allah, sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan Mu dan tidak ada sekutu bagi Mu"


p/s

http://www.youtube.com/watch?v=vyclOWba6zA

Saturday, July 24, 2010

travel log - jemputan


sampai di rumah saya terus meyakinkan fujie..semua ini adalah jemputan Nya ...hanya untuk hamba Nya yang terpilih..fujie harus bersyukur kerana telah mendapat jemputan Nya...


biar dlm masa tiga bulan ini fujie akan belajar dan menghargai jemputan Nya...yang penting esok kena pergi klinik nak cucuk...dah call Dr Fazura tadi...


satu lagi...sapa nak jaga budak-budak ni..this is first time kami pergi outstation sekali...selalunya kami arrange supaya salah seorang ada kat rumah nak tengok budak-budak ni...nampaknya kena minta tolong Nano tengokkan budak-budak ni...kena minta fujie pujuk Nano cuti dua minggu...


kedua..siapa nak relief saya kat office nanti...rasanya tak pernah cuti lama macam ni.. 


Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami dan urusan kami..InsyaAllah

Thursday, July 22, 2010

travel log - khabar gembira

Pagi 18 mac 2010..pejabat pusat khidmat masyarakat menelefon meminta saya dan fujie menyediakan passport untuk umrah dan ziarah bersama komuniti Putrajaya. tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan saya pada ketika itu...memang saya sudah menerima berita mengenai program tersebut daripada rakan Pak Ku...namun masih tidak menerima apa-apa maklumat daripada pihak pejabat pusat khidmat..sehinggalah pagi itu...sekali lagi terima kasih..En Azizi


saya terus menghubungi fujie dan menyampaikan berita gembira tersebut... mungkin dia agak terkejut dan hampir tidak dapat berkata-kata...saya kata "kita bincang apabila balik rumah nanti.."


sampai di pejabat saya memeriksa tarikh luput passport saya..Alhamdulillah...seingat saya masih belum expired...baru tahun lepas ikut program pusat khidmat ke Beijing...

Wednesday, July 21, 2010

Inflasi datang lagi!





courtesy from NST online


full story 
http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/rup002b/Article/




ingin meminjam nukilan dr mohd asri zainul abidin


"kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari

kalian beritahu: wang mesti dicatu, kita menuju maju

kalian kata: jika tidak semua menderita, habis harta negara..

kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja "


Ke mana pergi subsidi kami? — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Tuesday, July 20, 2010

Travel Log - Putrajaya, Madinah & Makkah

Alhamdulillah..dengan izin Nya sekali lagi saya menerima jemputan Nya untuk ke tanah suci. Dan yang manis pada kali ini saya menerima jemputan Nya untuk pergi bersama Fujie. Rasanya doa saya 10 tahun yang lalu telah dimakbulkan.

Saya bercadang untuk mencatat beberapa pengalaman yang dilalui sepanjang 12 hari di sana di blog ini.

Tuesday, December 22, 2009

salam



Maksud firman Allah: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (At Taubah:16)