"Saya ingat ia transformasi yang
baik, yang kita alu-alukan kerana kita tahu amalan dulu kadang- kala ada
perubahan dari segi pencalonan dan undi.
Saya sendiri pun semasa bertanding
Ketua Pergerakan Pemuda dulu mendapat pencalonan tertinggi dan antara yang
terawal melepasi garis pencalonan (tetapi) akhirnya saya kecundang (dan) bukan
setakat itu dapat undi tercorot. Timbul rasa tak puas hati dalam kalangan
perwakilan bahagian yang hasrat mereka tak kesampaian, mereka tertanya-tanya
kenapa berlaku keadaan pelik itu kerana kehadiran perwakilan semasa mesyuarat
dan semasa pencalonan jauh lebih ramai daripada jumlah undi yang didapati
semasa Perhimpunan Agung di mana pemilihan dibuat.
Apabila proses ini diubah
supaya kuasa penentu diberikan semula kepada bahagian, tujuannya untuk
memperkasakan parti yang benar-benar mengambil kira kehendak ahli, daripada
2,800 perwakilan meningkat kepada 146,500 orang adalah perubahan yang besar.
Kita kena ingat jumlah ahli UMNO ialah 3.3 juta orang. Jadi dalam konteks ini,
jumlah itu masih kecil, tapi ia adalah perubahan yang positif. Walaupun begitu,
sekarang ini yang saya bimbang bukan soal peraturan tapi amalan. Yang saya
maksudkan kadang-kadang ada desakan atau tekanan tertentu terhadap ahli, malah
terhadap ketua di semua peringkat sama ada cawangan dan bahagian untuk membuat
keputusan yang kadang-kadang tidak seiring dengan kehendak mereka sendiri dan
ini bertentangan dengan amalan demokrasi yang hendak kita pupuk."
Y.A.B Dato ' Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir
No comments:
Post a Comment