Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 23, 2008

umno sudah tua

salam,
berikut laporan di utusan malaysia

Beri peluang pemimpin muda pulih UMNO



"Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi 'penyakit tua', 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua."

"Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru," katanya.

laporan lanjut disini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


p/s
umno sudah tua. bagi saya sudah uzur. sememangnya satu kenyataan yang memedihkan telinga. namun kita terpaksa menerima. ketika mesyuarat perwakilan bhgn tahun 2006 di shang ri la putrajaya, saya menyampaikan ucapan penangguhan "umno jangan jadi dinosaur". keadaan ketika itu amat baik. umno baru sahaja menang dengan bergaya "landslide". namun kita semua telah terlepas pandang dengan peringatan yang telah diberi. dan hari ini kita semua harus mengakui keadaan umno yang amat dhaif pada ketika ini.

mengikut sejarahnya, dinosaur tidak dapat bertahan kerana gagal menerima perubahan dan persekitaran, serta gagal meng-adaptasikan perubahan tersebut. haiwan ini leka dengan dunianya sendiri, hinggalah satu hari mereka tidak ada tempat lagi di dunia ini. saya tidak pasti samada ada post-mortem dibuat di peringkat bhgn khususnya parlimen putrajaya. kenapa saluran 5 dan 6 majoritinya tidak mengundi kepada calon kerajaan?

rakan-rakan seangkatan dan sebaya saya (yang berada di luar umno) mengatakan umno sudah tidak relevan. umno hanya sibuk dengan masalahnya sendiri. tidak prihatin. pemimpin umno bongkak, angkuh, sombong dan macam-macam lagi. dan kita hanya berdiam diri tanpa membuat sebarang tindakan. bahkan kita jadi marah apabila golongan ini memberikan sokongan mereka kepada pembangkang. kita mungkin lupa, pihak pembangkang sudah lama memenangi hati golongan muda ini.

seterusnya kita kecilkan skop kepada umno putrajaya. peluang harus diberikan kepada golongan muda untuk menerajui bhgn putrajaya. selagi bhgn masih "sceptical" dengan segala perubahan, selagi itu agak sukar untuk golongan muda memberikan pandangan dan pendapat mereka. golongan ini harus diberi peluang.

selepas mesyuarat perwakilan pemuda sabtu lalu, saya lihat ada kesungguhan di peringkat pemuda untuk duduk berbincang, walaupun hanya di nazmaju sahaja. harapan saya keputusan kedai kopi ini dapat diperjelaskan dan dizahirkan untuk pemilihan akan datang...

wallahu'alam

Saturday, October 18, 2008

countdown

8.40pm
zaki berjaya mengekalkan jawatan dengan kelebihan 3 undi.

7.45pm
maklumat disahkan oleh perwakilan wanita, pn saadiah berjaya menewaskan pn azizah dan pn zarina untuk ketua wanita putrajaya.

7.00pm
maklumat tidak rasmi, pemuda putrajaya memberikan pencalonan kepada mukhriz dan razali. jawatan-jawatan lain masih dalam pengiraan.

6.45pm
mesyuarat berehat dan akan disambung selepas maghrib

5.30pm
semua perwakilan telah selesai membuat pengundian. proses pengiraan sedang berjalan sekarang.

Friday, October 17, 2008

wanita, pemuda & puteri

salam jumaat

Putrajaya International Convention Centre (PICC) akan menjadi medan pertama untuk mesyuarat perwakilan wanita, pemuda dan puteri yang akan di adakan esok, 18 oktober 2008. wanita dan pemuda akan menyaksikan pertembungan manakala untuk puteri pula tiada pertandingan untuk jawatan ketua dan naib ketua.

perasmian mesyuarat berkelompok dijadual pada jam 11.00 pagi dan disempurnakan oleh y bhg dato' khairuddin, timbalan ketua bhgn. selesai majlis perasmian, mesyuarat akan dijadualkan pada bermula pada pukul 2.00 petang.


pergerakan pemuda akan menyaksikan pertembungan dato' zaki dan sdr tun faizal. manakala naib ketua akan juga menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara sdr hishamuddin aka yeop dan sdr shareel azlee. sehingga posting ini, kedua-dua kempen manager calon-calon sedang berkempen sehingga esok pagi.

pergerakan wanita pula menyaksikan pertembungan tiga penjuru untuk jawatan ketua dan naib ketua. bagi jawatan ketua, pn azizah akan dicabar oleh pn zarina dan kak saadiah. manakala jawatan naib ketua akan menemukan pn zarina, pn laili dan kak rock.

maklumat yang diterima dari pengerusi tetap pergerakan pemuda, keputusan akan diperolehi seawal jam 3.00 petang. saya akan cuba memberi maklumat terkini mengenai mesyuarat perwakilan sayap-sayap berikut seawal mungkin.

Monday, October 13, 2008

ketamakan menguasai jiwa


salam

rakan YM menghantar sms supaya saya membaca pena mufti semalam di mingguan malaysia. ketika itu saya berada di sungai besar. masih ziarah rakan keluarga dan sahabat di sana. sampai di putrajaya agak lewat malam. sebentar tadi saya cuba cari archive mingguan malaysia. meminjam kata-kata mufti tersebut, saya tampal kembali disini:

"Jika anda berpolitik, anda sepatutnya berfikir bagaimana untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Jika anda menyeru kepada Islam, anda sepatutnya berfikir bagaimanakah cara agar mesej Islam yang benar atau hidayah sampai dan berkesan untuk sasaran. Bagi setiap bidang itu ada regunya atau hala tuju yang mesti jelas dalam pemikiran pengamalnya. Jika regu bidang ini ditukar putar sehingga tidak menepati matlamat yang sepatutnya, maka rosaklah bidang tersebut. Seseorang mungkin boleh mendapat faedah sampingan daripada bidang tertentu. Namun faedah tersebut jangan sampai menjejaskan matlamat asal. Umpamanya jika pengamal undang-undang berfikir bagaimana untuk menghasilkan wang semata sehingga mengenepikan soal keadilan. Atau jika ahli politik menganggap kegiatan politiknya untuk mengaut keuntungan sekalipun mengkhianati amanah rakyat. Atau jika penyampai dakwah Islam bertujuan memperoleh habuan dunia walaupun menjejaskan tujuan asal dakwah. Maka pincanglah alam, rosak imbangan dan musnah segala peraturan dan tujuan kehidupan. Namun inilah realiti yang sedang kita hadapi."

baca seterusnya disini

semalam Ahad (12/10/2008), banyak bhgn telah menjalankan mesyuarat perwakilan masing-masing. senarai terkini pencalonan tertinggi seperti berikut:

Presiden
YAB datuk seri najib - 25

Timb Presiden
YB tan sri muhyiddin - 21

Naib Presiden
YB datuk seri hisham - 17
YB datuk seri khaled - 6
YB datuk seri rais - 4

(maklumat daripada utusan online)



Saturday, October 11, 2008

08 november (08/11/2008)

salam

mesy bhgn semalam telah menetapkan mesy perwakilan bhgn putrajaya akan diadakan pada 08 november. mesy telah dipengerusikan oleh y bhg dato din, timb ketua, kerana Ku Nan agak sibuk dengan pengurusan mesy perwakilan bhgn lain di seluruh malaysia.

sedikit fakta yang menarik mengenai mesy perwakilan yang akan datang.

  1. caw-caw yang sah adalah 19 caw sahaja.
  2. jumlah perwakilan adalah seramai 126 orang yang terdiri daripada 61 orang dari peringkat cawangan, 35 orang dari ajk bhgn dan 30 orang wakil drpd mesy perwakilan wanita, pemuda dan puteri.
  3. tidak ada pertandingan bagi jawatan ketua dan timb ketua - menang tanpa bertanding
  4. jawatan naib ketua akan dipertandingkan
  5. seramai 55 orang menawarkan diri untuk jawatan ajk bhgn
  6. seramai 24 orang menawarkan diri untuk perwakilan ke pergong
  7. borang pengesahan pencalonan akan diedarkan pada minggu hadapan

nota hasan al hadi:
saya ingin menarik perhatian kepada fasal 15.5 yang dibaca bersama 17.5.7 perlembagaan umno.

"calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan di dalam jawatankuasa bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:

  1. ketua - 20%
  2. timbalan ketua - 15%
  3. Naib - 10%
  4. ajk - 2 cawangan
daripada jumlah cawangan yang sah dalam bahagian mengikut fasal 17.5.7 ......."

dan fasal 17.5.7 perlembagaan umno menyebut:

"mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi ahli jawatankuasa bahagian"

setelah caw ixora dibatalkan persidangannya oleh bhgn, caw yang sah dan telah menjalankan persidangan dan membuat pencalonan mengikut fasal 17.5.7 adalah 19 caw. ini tidak akan melayakkan sdr ahmad fairuz untuk bertanding. namun begitu pada kiraan saya sdr azali dan ym tengku bidin adalah layak mengikut fasal di atas.

kita kira kembali;

untuk jawatan timbalan, kuotanya adalah 15% daripada 19 caw. iaitu 2.85 caw. manakala sdr azali mendapat tiga (3) pencalonan daripada caw pakma, bunga raya dan kasturi.

mohon pendapat rakan-rakan yang lebih arif dalam hal ini. terima kasih.



Thursday, October 9, 2008

pak lah berundur!


salam

seperti tun dr mahathir, saya silap. kerana posting saya semalam mengatakan Pak Lah tidak akan berundur dan akan mempertahankan jawatannya. namun saya masih gembira. sebagai ahli umno saya menghargai dan amat kagum dengan keputusan beliau. YAB Pak Lah telah menjalankan tanggungjawab beliau. dengan harapan parti keramat ini akan terus berjalan dengan molek tanpa sebarang gangguan. sekarang kita harus tanya kepada diri kita sendiri. tanggungjawab kita pula sebagai ahli umno hendaklah ditunaikan.

transkrip penuh ucapan YAB Pak Lah disini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

tidak seperti di rembau, putrajaya ada dua individu yang mempunyai hubungan secara terus dengan PAk Lah. YB Ku Nan dan Dato' Zaki, ketua bhgn dan ketua pemuda bhgn. ramai blogger yang membuat analogi masing-masing kedudukan sdr KJ dengan keputusan Pak Lah tersebut. rakan pemuda di presint 16 telah membuat analogi Dato' Zaki disini

meminjam kata-kata Tan Sri Rafidah, Pak Lah masih PM, masih presiden dan masih pengerusi BN sehingga Mac 2009. dan YB Ku Nan juga masih SUA Umno dan BN. cuma yang agak menarik selepas Mac 2009. Presiden yang baru mempunyai kuasa mutlak untuk melantik SUA seperti fasal 9.6 perlembagaan Umno.

maklumat yang diterima semalam, satu mesyuarat khas bhgn akan diadakan hari Jumaat ini ataupun selewat-lewatnya hari Sabtu. tarikh mesyuarat perwakilan bhgn akan diketahui selepas itu. mengikut perkara 6.2, peraturan persidangan:

"setiausaha bahagian hendaklah memberitahu cawangan dengan bertulis sekurang-kurangya empat belas (14) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan perwakilan bahagian"

jika kita andaikan mesyuarat khas bhgn akan diadakan selewat-lewatnya hari sabtu ini 12/010 dan notis 14 hari yang perlu dipatuhi, mesyuarat perwakilan bhgn putrajaya akan diadakan seawal 26/10. wallahu'alam...

nota hasan al hadi:
saya sendiri akan bertanding ajk bhgn, dan telah pun cukup pencalonan. sehingga posting ini, saya masih belum menerima surat atau notis hatta panggilan telefon untuk tarikh dan pengesahan pencalonan.

Monday, October 6, 2008

eid al mubarak


salam aidilfitri,

selamat hari raya aidil fitri.

saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca dan "followers" sekiranya ada terkasar bahasa dan terguris dihati. maaf zahir & batin.

putrajaya kembali ceria malam semalam. hampir semua permastautin putrajaya kembali ke kota wawasan dari desa masing-masing. berbagai cerita dan ragam ketika berjumpa rakan-rakan di mamak naz maju tadi. ada yang terperangkap hampir-hampir 12 jam. terutama rakan-rakan dari pantai timur.

hampir semua rakan bertanyakan khabar dan perkembangan terbaru di umno bhgn putrajaya. sehingga posting ini, masih tidak ada ketentuan daripada pejabat sub bhgn. tarikh mesyuarat perwakilan bhgn juga belum ditentukan. kalau mengambil kira keputusan mesy khas bahagian sebelum hari raya, satu lagi mesyuarat bhgn akan diadakan sebelum mesyuarat perwakilan bhgn. mungkin di mesyuarat tersebut akan ada keputusan untuk tarikh tersebut.

saya juga berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang ketua caw bunga..... beliau telah pun menghantar satu surat aduan dan laporan salahlaku persidangan caw-caw ke lembaga disiplin. saya tidak berhajat untuk mendedahkan isi kandungan laporan tersebut di sini. saya masih terikat dengan janji saya dengan ketua caw tersebut. beliau hanya membenarkan saya membaca laporan salahlaku tersebut. katanya laporan tersebut dibuat atas dasar untuk melihat umno bhgn putrajaya berjalan di atas landasan yang betul dan menjadi bhgn contoh kepada bhgn lain di seluruh malaysia. kerana bhgn putrajaya diketuai oleh SUA umno.